SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI

Wednesday, July 3, 2013

ATM, PDRM Tambah Aset Pertahanan di Esszone: Kalau Berani Cerobohlah Sekali Lagi...Jangan DiKejutkan Harimau Sedang Tidur



 KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah aset pertahanan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang diletak di bawah pengawasan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata antara penambahan itu ialah menyediakan kenderaan pengangkut anggota berperisai (APC) untuk pasukan tentera darat dan PDRM.
“Kami akan turut menambah aset udara seperti helikopter dan perkara lain,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar selepas majlis syarahan bertajuk ‘Kerjasama Antara ATM dan PDRM Ketika Ops Daulat: Satu Usaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan’ anjuran Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (Midas) di sini hari ini.
Beliau berkata PDRM juga akan menyediakan aset bot bagi mengawal perairan cetek di sekitar Sabah dalam menangani masalah jenayah dan penyeludupan.
“Kita lihat menerusi pelaksanaan Esscom, tahap keselamatan di Sabah kini jauh lebih baik berbanding semasa pencerobohan pengganas di Lahad Datu,” katanya.
Zulkifeli berkata kerjasama antara ATM dan PDRM ketika Ops Daulat di Sabah adalah melalui pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang banyak mempertingkat hubungan kedua-dua agensi.
“Saya boleh katakan kini kita dapat saling memahami budaya kerja yang berbeza serta melaksanakan operasi bersama,” katanya.
Sementara itu, Khalid berkata pihaknya kini memberi tumpuan terhadap pembinaan lima balai polis baharu dan menambah baik tiga balai sedia ada di kawasan Esszone.
Beliau turut mengalu-alukan kehadiran orang awam ke Kampung Tanduo di Lahad Datu, yang merupakan lokasi utama serangan pengganas.
“Kini keadaan keselamatan jauh bertambah baik dan saya difahamkan jumlah pelancong yang datang juga telah bertambah,” katanya. – Bernama

Monday, July 1, 2013

Pakar Israel dan AS Konsepkan Perang Masa Depan Sedarlah Wahai Umat Islam....


Penganjur Persidangan dengan Tema Perang "Masa Depan" mengumpulkan lima ahli - dua Tentera Israel, seorang pakar nuklear dan dua profesor dari Amerika untuk berbincang peperangan masa depan.

“Apa yang mungkin terfikir  pada kita (Perang masa depan)  adalah seperti filem fiksyen,” Tegas Yair Cohen, mantan komandan Satuan 8200, Pusat Perisikan Tentera dan Unit Cyber ​​Angkatan Pertahanan Israel, yang membuka sesi.
“Kita hidup di dunia di mana 500 juta serangan cyber terjadi setiap saat, dengan banyak hal yang  strategis dan pandangan politik untuk dipertimbangkan.”
Jika peristiwa Perang Enam Hari pada tahun 1967 itu harus terjadi lagi pada hari ini, Cohen mendakwa perkara itu  akan menjadi lebih luar biasa daripada “sekadar” kehancuran seluruh angkatan udara Mesir dalam tiga jam oleh jet Israel.
“Kita boleh menganggap hari ini bahwa senjata cyber akan mengambil alih – dan peristiwa yang sama akan menjadi terkenal – tanpa melihat satu jet Israel pun dihantar pada misi dan tanpa ada risiko satu nyawapun dari tentera  Israel,” katanya.

Perkara paling penting memainkan peranan utama dalam mencipta dan mengelola Sistem Pertahanan Udara “Iron Dome”, menunjukkan film video pendek yang menggambarkan senjata automatik tanpa operator, seperti kendaraan Robotik yang melakukan rondaan di perbatasan Gaza, kapal robotik yang dilengkapi dengan sistem penglihatan malam yang mendekati kapal musuh di laut, dan ular robot merayap ke markas musuh dan mengirim informasi berupa gambar ke markas.


Sehubungan dengan masalah nuklear, Lewi tidak mengharapkan terjadi perang nuklear, tapi ini tidak bererti bahwa kekuatan nuklear akan dihentikan dalam waktu terdekat. Semua Negara akan menggunakan drone, tidak hanya AS dan Israel,” katanya, dan karana itu akan lebih bijaksana untuk segera membuat standard bersama bagaimana drone ini digunakan. (Haaretz/Dz/www.globalmuslim.web.id)

Sunday, June 23, 2013

BLACK 505: TENTERA TIDAK TERLIBAT

Usaha sesetengah pihak cuba mengaitkan pengajuran Black 505 dengan pihak Angkatan Tentera Malaysia tidak berhasil. Pelbagai usaha yang digembar-gemburkan kononnya cubaan untuk melibatkan pihak ATM dalam kancah politik sempit mereka tidak berhasil. Kononnya wujud satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak PDRM untuk meminta bantuan ATM sekiranya diperlukan untuk menangani permasalahan tersebut di Padang Merbok menjadi isu panas padahal perkara tersebut menjadi rutin PDRM dan ATM berkerjasama dalam soal-soal keselamatan sekiranya diperlukan sahaja. Perkara itu pun tertakluk keputusan pihak atasan sekiranya dirasakan perlu.

Namun PDRM dan DBKL setakat ini masih mampu menangani perhimpunan tersebut dan tidak perlulan dicanang satu dunia kekecewaan sesetengah pihak yang kononnya tidak berpuashati dengan kerjasama yang sedia wujud antara kedua-dua pasukan keselamatan tersebut. Janganlah disebabkan kegagalan perhimpunan tersebut, ada pihak yang cuba memutarbelitkan dan cuba mencari isu baru untuk diketengahkan agar dapat mengaburi mata dan telinga rakyat.

Setakat pengetahuan penulis, perhimpunan Black 505 tidak ada langsung penglibatan warga tentera menunjukkan tahap kesetiaan warga ATM terhadap Yang Dipertuan Agong dan Negara Malaysia berada pada tahap yang kukuh dan padu. Warga ATM membenci kekecohan dan mengganggu ketenteraman awam   serta cintakan keamanan. Justeru janganlah cuba menegakkan benang yang basah dan mengganggu ketenteraman kami warga tentera yang akan mempertahankan sepenuh jiwa raga dan nyawa demi memastikan keamanan dan keutuhan Negara Malaysia tercinta tidaj diganggu gugat oleh anasir luar mahupun dalaman. Kami akan menentang sekeras-kerasnya cubaan apa sahaja yang dilakukan untuk meruntuhkan institusi yang setia wujud sekian lama. Gagah Setia, Sedia Berkorban dan Sentiasa Diangkasa Raya.