SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI

Monday, July 30, 2012

KEMPEN HARI PAHLAWAN


Pahlawan diterjemahkan sebagai orang yang gagah dan berani, pejuang yang gagah, perwira yang ditakuti. Manakala Hari Pahlawan didefinasikan sebagai hari memperingati pahlawan yang terkorban.

Pahlawan-pahlawan negara seharusnya dikenang oleh sejarah Malaysia yang telah terlebih dahulu mencipta ketamadunan negara Malaysia dan sekali gus adalah bangsa tuan kepada bumi ini yang berhak mendapat hak-hak keistimewaan. Kemasukan bangsa-bangsa asing, bermastautin dan diterima sebagai warganegara Malaysia selepas itu dan secara tidak langsung ikut sama terlibat di dalam perjuangan pembebasan dan kematian mereka juga telah diiktiraf dan tidak dinafikan jasa mereka kepada negara.

Sejarah perjuangan pahlawan-pahlawan negara yang berjuang samada di era sebelum merdeka maupun pasca merdeka dikenang sampai hari ini. Tugu peringatan sebagai lambang penghormatan negara kepada perwira dan perajurit yang sanggup mengorbankan nyawa mereka demi kestabilan dan keamanan tanahair.
                                                                           
31 Julai setiap tahun, negara merakam sejarah keramat ini sebagai Hari Pahlawan selaras tamatnya darurat menentang Pengganas Komunis Malaya pada bulan Julai 1960. Semasa pemerintahan British, hari tersebut dikenali sebagai Poppy Day sempena nama bunga poppy. Konvensyen Geneva 1945 yang secara ringkasnya menggariskan larangan membunuh atau menyerang tentera yang hors de combat yakni orang yang cedera, tidak sedarkan diri dan telah meletakkan senjata dan tidak berupaya untuk berperang.



Mengambil semangat dari pengiktirafan konvensyen ini dengan tamatnya peperangan dunia kedua yang dikenang di seluruh dunia maka tarikh ini telah ditetapkan oleh kerajaan pimpinan Yang Teramat Mulia Al-Marhum Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama untuk memperingati jasa perajurit dan polis yang terlibat secara langsung di dalam kemelut perebutan dengan beberapa pihak yang berkepentingan yang berlarutan sehingga bertahun-tahun selepas Malaysia merdeka.

Kempen Hari Pahlawan hari ini telah menjadi tradisi dan sinonim sebagai acara penting samada di peringkat nasional maupun negeri-negeri, sebagai mengenang jasa pahlawan. Mengambil iktibar dari suasana semasa di dalam negara yang berkaitan dengan sejarah pertahanan dan kemerdekaan, adalah sangat bererti jika mulai tahun ini dan tahun-tahun mendatang, sambutan Hari Pahlawan diisi dengan menampilkan pahlawan-pahlawan yang masih hidup ini ke tengah masyarakat dengan program-program patriotik yang lebih menyeluruh.


Sunday, July 29, 2012

SINGAPURA BERHASRAT MEMILIKI 4 BUAH SCORPENE?


Rumor dan khabar angin mengenai perbincangan pihak ketenteraan Singapura dengan pihak syarikat DCNS mengenai perolehan 4 buah kapal selam Scorpene untuk pihak tentera laut negara itu kini sedang hangat diperkatakan di laman web perbincangan pertahanan. Melalui maklumat yang diperolehi daripada sebuah laman web Perancis, perbincangan tersebut telah bermula dan perolehan tersebut merangkumi 'pertukaran teknologi' dan 'pertukaran teknologi pembuatan'.  Antara pertukaran teknologi yang dimaksudkan ialah kepakaran Radius of Sonar Technology yang dimiliki oleh DCNS.



Pihak portal Navy Recognition telah menghubungi DCNS untuk mendapatkan maklumbalas mengenai perkara berkenaan tetapi DCNS enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.

Maklumat awal daripada INFOSDEFENCE.COM (bahasa Perancis), Klik SINI

Sekiranya khabar angin ini benar, pebagai hujah dan pendapat yang mungkin dapat dirungkaikan termasuk adakah ia memberi gambaran bahawa berlakunya perlumbaan senjata (arms race) dikalangan negara ini dan Singapura? Atau, khabar angin ini sebagai salah satu rancangan propaganda negara Singapura? Ironinya, sekiranya ia benar, dalam kerakusan sesetengah pihak mencanang pelbagai tohmahan terhadap kemampuan kedua-dua kapal selam negara, skandal penyelewengan dan sebagainya, Singapura pula berhajat memiliki teknologi terkini kapal selam berkenaan.

Klik link untuk mengetahui Scorpene Class Datasheet

Walau apa-apa pun, sama-sama kita meneliti dan mengikuti perkembangan hasrat pihak tentera laut Singapura untuk mendapatkan empat buah kapal selam Scorpene. Adakah ia khabar angin? Sekiranya benar, ia sama sekali akan mengubah corak landskap pertahanan  negara-negara Asia Tenggara (dan kisah politik Malaysia barangkali?)...

.....askarsetia.....

Tuesday, June 12, 2012

FAKTA SEBENAR SCORPENE MALAYSIA


Sejak tahun 80an, TLDM telah berminat untuk memiliki kapal selam tersendiri bagi meningkatkan keupayaannya. Bermula dari detik itu, TLDM telah melatih pegawai serta anggotanya bagi mengikuti kursus dan latihan berkaitan kapal selam di Australia dan Pakistan. TLDM telah bersabar menanti selama 20 tahun untuk memiliki aset strategik terpenting dalam pengoperasian armadanya. Pada tahun 1998, Kerajaan Malaysia telah meluluskan untuk membeli kapal selam Scorpene. Pembayaran kapal selam ini dilakukan dengan kaedah timbal beli. Perancis akan membeli minyak kelapa sawit dan barang komoditi Malaysia lainnya dengan anggaran USD580 juta. Selain mengeluarkan dana sebesar USD 171 juta, Malaysia juga telah membangunkan pelbagai infrastruktur bagi mendukung pengoperasian kapal selam di Teluk Sepanggar dan peralihan teknologi kapal selam dari DCNS kepada TLDM. Dari pengamatan pemerhati pertahanan, perolehan aset ini adalah untuk mengimbangi kekuatan armada negara-negara jiran dan konflik yang kian meruncing di perairan negara terutamanya Kepulauan Spratly.

Scorpene merupakan sebuah kapal selam yang unik di mana teknologi yang digunakan adalah menyamai teknologi yang digunakan pada kapal selam nuklear jenis Le Triomphant milik Perancis. Jika diperhatikan, Armada Perancis telah menggunakan kapal selam kelas Agosta dan Daphne, dimana kedua-duanya merupakan kapal selam konvensional bertenaga diesel manakala Scorpene menggunakan aplikasi teknologi terkini dalam semua jenis kelas kapal selam kelas diesel. Justeru, Syarikat DCNS telah mengintegrasikan teknologi kapal selam bertenaga nuklear kepada kapal selam bertenaga diesel sekaligus melahirkan Scorpene agar ianya lebih efektif dan lebih murah pengoperasiannya.

Sehingga kini 4 buah negara telah membuat perolehan daripada kapal selam Scorpene. Negara tersebut ialah Chile, Malaysia, India dan Brazil. Chile membeli dua buah kapal selam pada sekitar tahun 1998/99 dan harga belian mereka ialah USD250 juta seunit. Malaysia membeli dua buah kapal selam pada sekitar tahun 2003/04 dan harga belian sekitar USD 580 juta. India membeli enam buah kapal selam yang sama pada sekitar tahun 2006, dan harga belian mereka ialah USD 540 juta. Brazil pula membayar sebanyak USD 220 juta dollar seunit untuk tempahan sebanyak 4 buah kapal selam pada tahun 2010. Jika diperhatikan, harga pembelian Scorpene oleh India dan Brazil dilihat lebih murah. Ini kerana segala proses pembinaan kapal selam mereka dilaksanakan di limbungan negara masing-masing.

Jika dibandingkan kapal selam Scorpene dengan negara serantau contohnya Vietnam di mana mereka membeli 6 buah kapal selam jenis diesel elektrik dengan harga USD2 Bilion dari Rusia. Kos pembelian Scorpene dilihat lebih mahal tetapi perlu diingat dimana Vietnam telah berpengalaman dalam mengendalikan kapal selam sebelum ini. Mereka telah memiliki aset strategik ini pada tahun 1997 di mana mereka membeli Mini Submarine ‘Salmon Class’ dari Korea Utara. Dari situ, asas dalam pengendalian kapal selam, tempat latihan, kemudahan dan perkhidmatan sokongan telah disediakan dimana mereka hanya perlu membuat penyesuaian untuk kapal selam yang baru. Ukuran standard kapal selam dari China/Rusia kepada standard kapal selam dari Eropah juga berbeza yang menyebabkan harganya menjadi lebih mahal. Apa yang utama ialah kelebihan yang ada pada Scorpene,  ianya lebih senyap dan tidak mudah dikesan berbanding kapal selam buatan China/Rusia.


MALAYSIA
CHILE
INDIA
BRAZIL
Builders
DCN, Cherbourg and Navantia Cartagena
DCN, Cherbourg and Izar, Cartagena
Mazagon Dock Ltd Mumbai
Itaguai Construcoes Navais, Sepetooba
Strength
2
2
6
4
Displacement (tonnes)
1586 surfaced, 1755 dived
1602 surfaced, 1738 dived
1732, dived
1709 Surfaced, 1870 dived
Laid Down
Dec 2003
Nov 2000
2010
2011
Launched
2007
2004
2013
2015
Commisioned
Jan 2009
Jul 2006
-
-
Dimension (metres)
67.5 x 6.2 x 5.4
66.4 x 6.0 x 5.8
66.4 x 6.0 x 5.8
71.62 x 6.2 x 5.8
Main Machinery
Diesel electric, 2 SEMT-Pielstick
Diesel Electric, 4 MTU 16V
Diesel Electric, 4 MTU 16V
Diesel Electric, 4 MTU 16V
Speed (knot)
20.5 dived, 12 surfaced
20 Dived, 11 Surfaced
20 Dived, 11 Surfaced
20 Dived, 11 Surfaced
Complement
32
31
31
31
Countermeasure
ESM, Thales DR 3000, intercept
ESM, Thales AR 900
ESM
ESM
Weapon control
UDS International SUBTICS
UDS International SUBTICS
UDS International SUBTICS
UDS International SUBTICS
Radars
Navigation I-Band
Navigation I-Band
Navigation I-Band
Navigation I-Band
Sonar
Hull Mounted, passive/active sonar
Hull Mounted, passive/active sonar
Hull Mounted, passive/active sonar
Thales S-Cube Sonar
Missiles
SSM, Aerospatiale SM 39 Exocet
SSM, SM 39 Block 2
SSM, MBDA Exocet SM 39
SSM, MBDA Exocet SM-39
Torpedoes
18 WASS Black Shark Torpedos
18 WASS Black Shark Torpedos
6-21 inches (533mm) tubes
18 WASS Black Shark Torpedos
Price
USD 221 Million per unit
USD 250 Million per unit
USD 135 Million per unit
USD 220 Million per unit
Sumber : Jane’s Fighting Ships

Kapal selam pertama iaitu KD Tunku Abdul Rahman telah selamat tiba pada bulan September 2009 dan terus menjalani beberapa ujian laut tropika. Sebenarnya, sebelum dan selepas menerima kapal selam itu, TLDM secara intensif telah pun menguji aset perang negara ini mengikuti piawaian dan standard antarabangsa termasuklah ujian Final Sea Acceptance Trial selama 10 hari yang memaksa kapal selam tersebut membuat selaman ke dasar yang paling dalam. Ujian ke atas kapal selam terbabit bukan sekadar dibuat di Lautan Atlantik tetapi juga dilakukan di Lautan Mediterranean, Laut Merah, Laut Hindi dan Laut China Selatan.

Sering kali kos pembelian aset pertahanan negara sering dieksploitasi dan menjadi isu pertikaian golongan yang berkepentingan dalam meraih publisiti murahan. Perlu diingat, kos pertahanan neg
ara adalah sesuatu yang sulit di mana segala butiran pembelian aset pertahanan negara tidak boleh dibentangkan secara terperinci. Butiran pembelian scorpene juga tidak wajar didedahkan secara terbuka kerana ianya boleh menggugat strategi keselamatan dan pertahanan negara. Apa yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah kontrak perolehan kapal selam Scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai USD 580 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak USD 442 juta dibayar kepada DCNS sebagai kos perolehan 2 kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics Support (ILS) dan latihan warga kapal selam.

Baki keseluruhan tersebut iaitu USD 138 Juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh 6 tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada pasukan projek kapal selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta latihan krew kapal selam di Brest, Perancis. Semua terma ini tertulis secara terperinci di dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002. Secara dasarnya, Perimekar Sdn Bhd bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut: 

a.         Menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga Kumpulan Perintis Kapal Selam di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.  

b.         Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

c.         Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan  EURO 60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua. 

d.         Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali. 

e.         Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan. 


Artikel diatas merupakan rumusan dari hasil kajian dan pandangan dari beberapa penganalisis pertahanan tanah air dan turut merujuk kepada beberapa penulisan di majalah ketenteraan. Fakta diatas amat penting untuk diketahui kerana kita sudah terlalu banyak dipaksa untuk mempercayai tohmahan di internet. Lebih menyedihkan apabila, komen-komen daripada PAKAR SERBA TAHU lebih banyak tersebar daripada fakta-fakta yang benar! Kredit kepada sahabat Navy saya yang bersusah payah menyiapkan artikel ini.. TQ bro.

.........askar setia.......... tq