SELAMAT DATANG
SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI
Monday, June 3, 2013
BLACK 505......TENTERA JANGAN TERPENGARUH...
Sesetengah pihak cuba mencari alasan bagi menghalalkan tindakan yang menyalahi undang-undang negara dengan cuba mencari alasan yang dan mengaitkan ketelusan kerajaan memerintah dengan isu-isu remeh. Tindakan membuat membuat pengadilan tanpa perbicaraan dilihat sering digunakan oleh sesetengah pihak bagi menghalal cara. Tindakan terbaru adalah mengaitkan segelintir kes kematian tahanan dalam lokap tanpa menghiraukan alasan dan proses perundangan yang akan dibuat bagi menjelaskan keadaan yang sebenar.
Kes-kes terencil diperbesar-besarkan sehingga mengapikan golongan marhean yang lain termasuklah warga tentera bagi menyokong tindakan mereka. Jikalau dilihat dari aspek global, kes kematian sebegini memang sering berlaku dimana-mana sahaja namun jika hendak dibandingkan dengan dengan jumlah tahanan dengan kes kematian adalah kecil sahaja. Memang tidak dinafikan kemungkinan ade unsur kekurangan dalam proses penahanan namun perkara tersebut hendak la selesaikan di mahkamah. Biar mahkamah yang tentukan dan yang bersalah tetap bersalah tanpa mengira pangkat dan fahaman politik.
Warga Tentera perlulah bersikap rasional dan membuat pertimbangan dengan waras agar tidak mudah terjebak dengan perkara-perkara negatif tambahan pulak memperjuangkan fahaman sesetengah pihak yang terbukti mampu merosakkan negara. Ketelusan pihak terbabit boleh disangkah kerana tindakan melulu akan mengucar-kacirkan negara tercinta seterusnya negara akan menjadi lemah dan mengakibatkan kedaulatan negara akan tergugat apabila anasir mula meresapi dengan mudah.
Saturday, February 23, 2013
Tarikh Akhir Pengunduran Telah Tamat : 6 Kapal Perang Filipina Bersiap Sedia Menghadapi Sebarang Kemungkinan
Enam
kapal tentera laut Filipina telah dikerahkan ke laut Sulu dan Tawi Tawi untuk
menghalang kemungkinan berlakunya pertumpahan darah di antara pasukan
keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sultan Sulu yang melakukan
pencerobohan.
Kapal-kapal
ini hanya menjalankan rondaan di perairan pulau Tawi Tawi, pulau yang terletak
kurang daripada setengah jam dari kampung Tandau, di tepi pantai di mana
kumpulan dari Sulu itu bersembunyi sejak 9 Februari lalu, dengan menaiki bot
laju.
Jurucakap
tentera laut Filipina Lt Gregory Fabic dipetik sebagai berkata memberitahu
media di Manila bahawa kapal tentera laut itu tidak akan berlabuh di perairan
Sabah tetapi berada di sana untuk membantu memastikan keadaan stabil.
Presiden Filipina, Benigno Aquino
dilaporkan berkata di Manila bahawa pengikut Sultan Sulu, yang mendakwa Borneo
Utara sebahagian daripada Kesultanan Sulu, seharusnya menyerah diri secara
aman.
"Pergi ke sana dengan
senjata tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini.
"Apabila anda menggunakan
senjata maka secara semula jadinya hanya ada satu cara untuk pihak disebelah
sana bertindak balas terhadap cabaran sebegitu," Aquino dilaporkan berkata
ketika mengulas buat kali pertama mengenai insiden berkenaan.
Aquino turut menyatakan bahawa
pihak kerajaan telah bercakap dengan pelbagai pihak, termasuk keluarga Sultan
bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Sementara itu, Setiausaha Luar
Filipina Albert del Rosario dalam satu kenyataan berasingan dilaporkan berkata
Aquino telah mengarahkan pihak berkuasa kerajaannya 'untuk melakukan apa juga
cara' yang boleh bagi menggesa kumpulan penceroboh itu menyerah secara aman dan
mereka perlu melakukannya dalam masa terdekat.
Friday, February 15, 2013
TENTERA MALAYSIA : JANGAN DICABAR. PENCEROBOHAN SEPARA TENTERA WARGA FILIPINA BERNIAT JAHAT
Walau apa pun alasan pencerobohan tersebut,,perkara itu tidak boleh diterima dan tindakan kerajaan bertepatan dengan membuat siasatan terperinci tujuan dan modus operandi kumpulan tersebut. Penulis mengigatkan kepada sesiapa sahaja samada pihak dalam atau luar negara yang mempunyai niat buruk cuba menimbulkan kekacauan agar melupakan hasrat tersebut..JANGAN DIKEJUTKAN HARIMAU YANG SEDANG BERJAGA...AKIBAT BURUK PADAHNYA...
Namun seboleh-bolehnya Malaysia masih bersikap profesional, kita tidak mahu perkara ini diselesaikan dengan cara kasar, lebih elok diselesaikan dengan cara baik dan semua orang senang hati tanpa pertumpahan darah walaupun setitik. Diharap agar perkara ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses rundingan dan siasatan.
Walau bagaimana pun penulis percaya, Pihak Polis dan ATM tidak akan berkompromi dengan kedaulatan negara walaupun seinci.
RAKYAT MALAYSIA PERCAYA PADA MU.....
Subscribe to:
Posts (Atom)


