Pahlawan
diterjemahkan sebagai orang yang gagah dan berani, pejuang yang gagah, perwira
yang ditakuti. Manakala Hari Pahlawan didefinasikan sebagai hari memperingati
pahlawan yang terkorban.
Pahlawan-pahlawan
negara seharusnya dikenang oleh sejarah Malaysia yang telah terlebih dahulu
mencipta ketamadunan negara Malaysia dan sekali gus adalah bangsa tuan kepada
bumi ini yang berhak mendapat hak-hak keistimewaan. Kemasukan bangsa-bangsa
asing, bermastautin dan diterima sebagai warganegara Malaysia selepas itu dan
secara tidak langsung ikut sama terlibat di dalam perjuangan pembebasan dan
kematian mereka juga telah diiktiraf dan tidak dinafikan jasa mereka kepada
negara.
Sejarah
perjuangan pahlawan-pahlawan negara yang berjuang samada di era sebelum merdeka
maupun pasca merdeka dikenang sampai hari ini. Tugu peringatan sebagai lambang
penghormatan negara kepada perwira dan perajurit yang sanggup mengorbankan
nyawa mereka demi kestabilan dan keamanan tanahair.
31 Julai setiap tahun, negara merakam sejarah keramat ini sebagai Hari Pahlawan selaras tamatnya darurat
menentang Pengganas Komunis Malaya pada bulan Julai 1960. Semasa pemerintahan
British, hari tersebut dikenali sebagai Poppy Day sempena nama bunga poppy.
Konvensyen Geneva 1945 yang secara ringkasnya menggariskan larangan membunuh
atau menyerang tentera yang hors de combat yakni orang yang cedera, tidak
sedarkan diri dan telah meletakkan senjata dan tidak berupaya untuk berperang.
Mengambil
semangat dari pengiktirafan konvensyen ini dengan tamatnya peperangan dunia
kedua yang dikenang di seluruh dunia maka tarikh ini telah ditetapkan oleh
kerajaan pimpinan Yang Teramat Mulia Al-Marhum Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana
Menteri Malaysia yang pertama untuk memperingati jasa perajurit dan polis yang
terlibat secara langsung di dalam kemelut perebutan dengan beberapa pihak yang
berkepentingan yang berlarutan sehingga bertahun-tahun selepas Malaysia
merdeka.
Kempen Hari Pahlawan
hari ini telah menjadi tradisi dan sinonim sebagai acara penting samada di
peringkat nasional maupun negeri-negeri, sebagai mengenang jasa pahlawan.
Mengambil iktibar dari suasana semasa di dalam negara yang berkaitan dengan
sejarah pertahanan dan kemerdekaan, adalah sangat bererti jika mulai tahun ini
dan tahun-tahun mendatang, sambutan Hari Pahlawan diisi dengan menampilkan
pahlawan-pahlawan yang masih hidup ini ke tengah masyarakat dengan
program-program patriotik yang lebih menyeluruh.
Sebab Rosmah ada terlibat dengan program ini, aku tak gamak nak menyokong... sebab akan menghabiskan boreh je program yang dibuat tu. Tak gamak nak sumbang derma untuk program ini, sebab keborosan Rosmah dah boleh menampung derma yang diperlukan.
ReplyDeletekita klau boleh jangan mempertikaikan program-program murni ini..perkara ini adalah untuk pewira bangsa terdahulu yang berjuang untuk negara. bukan untuk individu tertentu....kita berdoa je la dan yakini lah duit yang disumbangkan akan sampai ke tangan pewira2 kita..amin
Delete