SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI

Wednesday, October 31, 2012

Pengganas: Rekrut Pengikut Melalui Laman Web



Razif Mohd. Ariff dan Muhamad Razin Sharhan Mustafa Kamal dipercayai terpengaruh untuk menyertai kumpulan pengganas selepas kerap melayari laman web yang dikendalikan puak militan.
Siasatan mendapati, dua laman web yang kerap dilayari kedua-dua sahabat itu ialah www.amsar1.info dan www.al-qimmah.net.
Topik utama kedua-dua laman web yang masih boleh dilayari itu ialah menggalakkan para pengunjung berkongsi fahaman mengenai Islam, jihad dan pengaruh Mujahidin.
Bagaimanapun, topik forum yang paling mendapat sambutan dalam kedua-dua laman web tersebut ialah mengenai tentangan umat Islam terhadap isu pemberontakan di Syria.
Satu sumber memberitahu, selepas beberapa bulan berkongsi pengetahuan di laman web tersebut, kedua-dua sahabat itu kemudian memutuskan untuk menyertai kumpulan pemberontak di Syria kononnya bagi membantu menegakkan demokrasi.
Sebelum itu, Razif, 32, dari Sungai Buloh manakala Razin, 22, dari Beranang, Selangor dikesan mengenali antara satu sama lain melalui laman sosial Facebook secara individu pada awal tahun 2012. 


Wednesday, October 17, 2012

I Robot: US Army 10 Million Kontrak



The U.S. Army recently awarded a $10 million contract to iRobot Corp to help keep its tiny, bomb-disposal robots running on the battlefield.

The Army’s Robotic Systems Joint Program Office awarded the Oct. 15 indefinite-delivery/indefinite-quantity contract for maintenance training and spare parts for the iRobot 310 SUVG, a man-portable robot designed to enter areas that are inaccessible or too dangerous for people, providing state-of-the-art technology for infantry troops, combat engineers and explosive ordnance technicians.

An initial $2 million order under the contract for spares has also been placed. Deliveries are scheduled to be completed this fall. In addition, iRobot has received a $3.7 million order for heads-down controllers. The handheld controller includes a 5.6” LCD display screen that is sunlight readable.

“We are delivering the heads-down controller in response to specific requests from the field,” said Frank Wilson, senior vice president and general manager of iRobot’s Defense & Security business unit, a recent press release. “This easy to use controller provides the operator with a high degree of situational awareness while conducting dangerous missions.”

iRobot Corp. has delivered more than 5,000 robots to military and civil defense forces, iRobot officials maintain.

“iRobot is pleased to continue its partnership with the Army to provide world-class robotic capabilities that help keep warfighters out of harm’s way,” Wilson.


Monday, October 15, 2012

Warga TUDM Butterworth Yg Merana : Kuarters Tidak Dibina Malah Disewakan


Menurut laporan satu akhbar baru-baru ini berkenaan tanah yang sepatutnya dibagunkan dengan kuarters kediaman TUDM sejak 1982 sehingga sekarang masih tidak dibangunkan sehingga membebankan warga TUDM yang terpaksa membayar kadar sewaan yang teramat tinggi di kawasan Butterworth kerana ketiadaan kuarters. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal berkenaan namun yang paling penting adalah kesengsaraan yang terpaksa dihadapi oleh warga TUDM sendiri. Desakan kos sara hidup yang semakin tinggi ditambah bebanan asas perumahan yang terpaksa ditanggung menjadikan warga TUDM semakin terdesak dalam pengurusan kewangan masing-masing. Bayangkanlah, duit gaji yang diperolehi sepatutnya disalurkan demi kebahagian keluarga terpaksa dikorbankan demi mendapatkan tempat berteduh yang selesa.  

Tanah seluas 3.3 hektar milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Bertam, Kepala Batas, disewakan kepada sebuah syarikat pada kadar hanya RM7,000 sebulan. Tanah itu sepatutnya dibina rumah kelamin TUDM sejak 1984. Tanah tersebut diambil alih pada 1982 dengan pampasan RM5,148,000.

Selepas proses pengambilan tanah siap, geran tanah telah pun dipindah milik dan dikeluarkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, pada 23 Februari 1984.

Akan tetapi sehingga sekarang selepas 28 tahun, tiada rumah kelamin TUDM dibina, sebaliknya tanah berkenaan yang kini dipenuhi pokok kelapa sawit, disewa dengan harga RM7,000 sebulan. Tempoh sewaan adalah tiga tahun setiap penggal dan akan tamat pada Jun 2013.


........SINAR HARIAN.........

Pihak bertanggungjawab perlu menjelaskan isu berkenaan tanpa dipengaruhi oleh fahaman politik. Kebajikan  warga TUDM perlu dibela mengatasi kepentingan individu yang mementingkan kekayaan diri sendiri sehingga sanggup menghisap darah golongan bawahan. Sungguh busuk dan jijik perilaku berkenaan.