Menurut laporan satu akhbar baru-baru ini berkenaan tanah yang sepatutnya dibagunkan dengan kuarters kediaman TUDM sejak 1982 sehingga sekarang masih tidak dibangunkan sehingga membebankan warga TUDM yang terpaksa membayar kadar sewaan yang teramat tinggi di kawasan Butterworth kerana ketiadaan kuarters. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal berkenaan namun yang paling penting adalah kesengsaraan yang terpaksa dihadapi oleh warga TUDM sendiri. Desakan kos sara hidup yang semakin tinggi ditambah bebanan asas perumahan yang terpaksa ditanggung menjadikan warga TUDM semakin terdesak dalam pengurusan kewangan masing-masing. Bayangkanlah, duit gaji yang diperolehi sepatutnya disalurkan demi kebahagian keluarga terpaksa dikorbankan demi mendapatkan tempat berteduh yang selesa.
Tanah seluas 3.3 hektar milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di
Bertam, Kepala Batas, disewakan kepada sebuah syarikat pada
kadar hanya RM7,000 sebulan. Tanah itu sepatutnya dibina rumah kelamin TUDM sejak 1984. Tanah tersebut diambil alih pada 1982 dengan pampasan RM5,148,000.
Selepas proses pengambilan tanah siap, geran tanah telah pun dipindah
milik dan dikeluarkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, pada 23
Februari 1984.
Akan tetapi sehingga sekarang selepas 28 tahun, tiada rumah kelamin
TUDM dibina, sebaliknya tanah berkenaan yang kini dipenuhi pokok kelapa
sawit, disewa dengan harga RM7,000 sebulan. Tempoh sewaan adalah tiga
tahun setiap penggal dan akan tamat pada Jun 2013.
........SINAR HARIAN.........
Pihak bertanggungjawab perlu menjelaskan isu berkenaan tanpa dipengaruhi oleh fahaman politik. Kebajikan warga TUDM perlu dibela mengatasi kepentingan individu yang mementingkan kekayaan diri sendiri sehingga sanggup menghisap darah golongan bawahan. Sungguh busuk dan jijik perilaku berkenaan.
No comments:
Post a Comment