SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI

Tuesday, January 15, 2013

UNDI WARGA TENTERA DITAGIH PRU-13


Menjelang PRU-13 yang bakal menjelma tidak lama lagi ni, banyak pihak yang cuba mencuit hati warga tentera dengan mengwar-warkan kepada dunia dan seluruh pelusuk alam maya bahawa mereka adalah pejuang sebenar dalam menjaga kebajikan dan kelangsungan profesion ketenteraan di Malaysia ini. Namun yang menjadi kemuskilannya, perkara tersebut (Cuba Memancing Undi) hanya berlaku semasa menjelang pilihanraya sahaja samada kecil atau besar..itu sahaja. Pihak yang cuba menangguk di air yang keruh itu haruslah sedar bahawa tindakan mereka hanya umpama katak memanggil hujan. sekadar bertempik tanpa tujuan dah sebenarnya tak ada sapa nak dengar pun...klau ada pun hanya mereka yang memang mempunyai kepentingan peribadi atau golongan warga/bekas yang tidak berpuashati dengan perhidmatan...itu saja.

Jangan dikatakan 250,000 entah-entah 50 orang pun susah nak dapat...mereka semua berkelulusan dan berfikiran waras untuk menentukan masa depan mereka sendiri.....mereka tidak peduli dengan omongan kosong pihak-pihak yang tumbuh secara tiba-tiba dan cuba menjadi pembela tanpa diundang....sungguh tidak sedar dirikan...klau pihak yang cuba mendampingi tentera betul2 ikhlas dalam memperjuangkan kebajikan dan hak-hak warga tentera kenapa perkara tersebut hanya bermusim dan semakin dekat dengan pilihanraya semakin banyak pulak permasalahan yang timbul..benda ni tak betul la, pelaburan dan pembelian tak sepatutnya la, kembalikan dana berapa juta entah..so banyak pulak kebincangannya sedangkan pernahkan kita terfikir bahawa perkara-perkara atau kononnya berlaku kepincangan tersebut sengaja dicungkil dan dihebahkan walaupun perkara tersebut sudah selesai...dan hanya ingin menunjukkan banyaknya permasalahan dan perkara yang tidak betul berlaku...

Sudah-sudahlah, jangan jadikan warga tentera ni...tonik atau bullet penyambung nyawa sahaja. sayangilah mereka seperti anda menyayangi diri sendiri dan saudara-mara anda sendiri....hargailah jasa dan pengorbanan mereka mencurahkan bakti kepada negara...

"INGATLAH WAHAI WARGA MALAYSIA SESUNGGUHNYA SETIAP SAAT DAN KETIKA WALAUPUN SEMASA KALIAN SEDANG LENA DIULIT MIMPI, KAMI WARGA TENTERA BERSENGKANG MATA MEMASTIKAN SETIAP INCI TANAH, LAUTAN MAHUPUN RUANG ANGKASA TIDAK SEKALI-KALI DICEROBOHI"



5 comments:

  1. diberi peluag lebih telus dalam undi kpd tentera

    ReplyDelete
  2. ape nak risau nya tentera bukan rmai pun....

    ReplyDelete
  3. Tahu tak pe. Tentera gunakan kuasa anda dan lihat berapa ramai pesara tentera yang merempat kerana anda juga akan bersara kelak dan akan dipinggirkan . Ini kali lah ubahhhhhhhh.....bah!

    ReplyDelete
  4. tentera tak ramai=betul/ tp kalau d selewengkan undi tersebut..porak poranda juga jadinya..

    ReplyDelete
  5. Tentera dulu dan sekarang jauh berbeza..boleh nampak byk penyelewengan..sebab tentera sekarang banyak berkelulusan..ASAL BUKAN UMNO..inikalilah..Ubah

    ReplyDelete