SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI

Saturday, February 23, 2013

Tarikh Akhir Pengunduran Telah Tamat : 6 Kapal Perang Filipina Bersiap Sedia Menghadapi Sebarang Kemungkinan


Enam kapal tentera laut Filipina telah dikerahkan ke laut Sulu dan Tawi Tawi untuk menghalang kemungkinan berlakunya pertumpahan darah di antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sultan Sulu yang melakukan pencerobohan.
Kapal-kapal ini hanya menjalankan rondaan di perairan pulau Tawi Tawi, pulau yang terletak kurang daripada setengah jam dari kampung Tandau, di tepi pantai di mana kumpulan dari Sulu itu bersembunyi sejak 9 Februari lalu, dengan menaiki bot laju.
Jurucakap tentera laut Filipina Lt Gregory Fabic dipetik sebagai berkata memberitahu media di Manila bahawa kapal tentera laut itu tidak akan berlabuh di perairan Sabah tetapi berada di sana untuk membantu memastikan keadaan stabil.
Presiden Filipina, Benigno Aquino dilaporkan berkata di Manila bahawa pengikut Sultan Sulu, yang mendakwa Borneo Utara sebahagian daripada Kesultanan Sulu, seharusnya menyerah diri secara aman.
"Pergi ke sana dengan senjata tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini.
"Apabila anda menggunakan senjata maka secara semula jadinya hanya ada satu cara untuk pihak disebelah sana bertindak balas terhadap cabaran sebegitu," Aquino dilaporkan berkata ketika mengulas buat kali pertama mengenai insiden berkenaan.
Aquino turut menyatakan bahawa pihak kerajaan telah bercakap dengan pelbagai pihak, termasuk keluarga Sultan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Sementara itu, Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario dalam satu kenyataan berasingan dilaporkan berkata Aquino telah mengarahkan pihak berkuasa kerajaannya 'untuk melakukan apa juga cara' yang boleh bagi menggesa kumpulan penceroboh itu menyerah secara aman dan mereka perlu melakukannya dalam masa terdekat.

Friday, February 15, 2013

TENTERA MALAYSIA : JANGAN DICABAR. PENCEROBOHAN SEPARA TENTERA WARGA FILIPINA BERNIAT JAHAT


Pencerobohan warga Filipina yang dikatakan memakai pakaian ala tentera dan memiliki senjata merupakan satu ancaman kepada negara. Pencerobohan yang berlaku dikatakan ada kaitan dengan pergolakan yang berlaku di selatan filipina dan ada dakwaan dan desas desus pencerobohan tersebut adalah terdiri daripada tentera diraja kesultanan sulu bagi mengembalikan semula tututan ke atas Sabah. 

Walau apa pun alasan pencerobohan tersebut,,perkara itu tidak boleh diterima dan tindakan kerajaan bertepatan dengan membuat siasatan terperinci tujuan dan modus operandi kumpulan tersebut. Penulis mengigatkan kepada sesiapa sahaja samada pihak dalam atau luar negara yang mempunyai niat buruk cuba menimbulkan kekacauan agar melupakan hasrat tersebut..JANGAN DIKEJUTKAN HARIMAU YANG SEDANG BERJAGA...AKIBAT BURUK PADAHNYA...

Namun seboleh-bolehnya Malaysia masih bersikap profesional, kita tidak mahu perkara ini diselesaikan dengan cara kasar, lebih elok diselesaikan dengan cara baik dan semua orang senang hati tanpa pertumpahan darah walaupun setitik. Diharap agar perkara ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses rundingan dan siasatan. 

Walau bagaimana pun penulis percaya, Pihak Polis dan ATM tidak akan berkompromi dengan kedaulatan negara walaupun seinci. 

RAKYAT MALAYSIA PERCAYA PADA MU.....