Enam
kapal tentera laut Filipina telah dikerahkan ke laut Sulu dan Tawi Tawi untuk
menghalang kemungkinan berlakunya pertumpahan darah di antara pasukan
keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sultan Sulu yang melakukan
pencerobohan.
Kapal-kapal
ini hanya menjalankan rondaan di perairan pulau Tawi Tawi, pulau yang terletak
kurang daripada setengah jam dari kampung Tandau, di tepi pantai di mana
kumpulan dari Sulu itu bersembunyi sejak 9 Februari lalu, dengan menaiki bot
laju.
Jurucakap
tentera laut Filipina Lt Gregory Fabic dipetik sebagai berkata memberitahu
media di Manila bahawa kapal tentera laut itu tidak akan berlabuh di perairan
Sabah tetapi berada di sana untuk membantu memastikan keadaan stabil.
Presiden Filipina, Benigno Aquino
dilaporkan berkata di Manila bahawa pengikut Sultan Sulu, yang mendakwa Borneo
Utara sebahagian daripada Kesultanan Sulu, seharusnya menyerah diri secara
aman.
"Pergi ke sana dengan
senjata tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini.
"Apabila anda menggunakan
senjata maka secara semula jadinya hanya ada satu cara untuk pihak disebelah
sana bertindak balas terhadap cabaran sebegitu," Aquino dilaporkan berkata
ketika mengulas buat kali pertama mengenai insiden berkenaan.
Aquino turut menyatakan bahawa
pihak kerajaan telah bercakap dengan pelbagai pihak, termasuk keluarga Sultan
bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Sementara itu, Setiausaha Luar
Filipina Albert del Rosario dalam satu kenyataan berasingan dilaporkan berkata
Aquino telah mengarahkan pihak berkuasa kerajaannya 'untuk melakukan apa juga
cara' yang boleh bagi menggesa kumpulan penceroboh itu menyerah secara aman dan
mereka perlu melakukannya dalam masa terdekat.
Salam.
ReplyDeleteYA ALLAH....La ilahailla anta subhanakainni kuntum minazolimin...
YA ALLAH...Engkau selamatkanlah para tentera Malaysia yg mujahid ini dan bumi Malaysia yg tercinta dari kezaliman manusia2 yg rakus.
Amiiinnn...
p/s doaku pastinya berterusan utk kalian wahai perajurit pejuang agama dan bangsa...
Hi there just wanted to give you a quick heads up. The text
ReplyDeletein your content seem to be running off the screen in Internet explorer.
I'm not sure if this is a format issue or something to do with internet browser compatibility but I thought I'd post
to let you know. The style and design look great though! Hope you
get the problem resolved soon. Kudos
my webpage: Le Parfait Apple Stem Cell