SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI

Thursday, June 17, 2010

Armada Kebebasan Ke 2 (Fleet of Freedom 2) Siap Siaga Belayar Ke Gaza



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/aktivis%20dalam%20kapal%20baru%20ke%20gaza.jpg- Rombongan Misi Gaza Yayasan Amal Peroleh Senarai Keperluan Perubatan Kritikal

Aktivis hak asasi manusia di Eropah merancang untuk menghantar armada bantuan baru ke Jaluran Gaza dalam usaha lain untuk memecahkan pengepungan rejim Israel ke atas wilayah miskin itu.

Kempen Eropah untuk Menamatkan Pengepungan terhadap Gaza (European Campaign to End the Siege on Gaza) memberitahu enam buah kapal telah bersiap sedia untuk dihantar ke Gaza.

Keputusan itu datang ketika Parlimen Eropah menemui jalan buntu dalam perundingan tentang bagaimana seharusnya respons dibuat atas serangan kejam Israel mematikan ke atas armada Kebebasan (Freedom Flotilla)

Jurucakap rejim Israel mengatakan mereka masih belum membuat sebarang keputusan bagaimana menghadapi kapal-kapal sekiranya mereka menghampiri perairan Gaza pada masa depan.

"Kami mempunyai enam kapal yang siap sedia meninggalkan Eropah, kami berharap untuk berlepas pada bulan depan, dalam dua minggu akhir Julai,"kata Mazen Kahel, jurucakap Kempen Eropah untuk Akhiri Pengepungan terhadap Gaza, kepada wartawan, Rabu di Parlimen Eropah.

"Pada hari ketika Parlimen Eropah berdebat bagaimana Eropah harus menanggapi serangan Israel, sangat penting bahawa kita mendengar suara mereka di atas kapal tersebut, serta menegaskan bahawa tidak ada pilihan lain kecuali untuk menamatkan kepungan,"kata Ahli Parlimen Inggeris Richard Howitt sebagaimana dipetik AFP.

kumpulan Pro-Palestin, seperti gerakan ‘Free Gaza’, Jawatankuasa Antarabangsa untuk Melepaskan Pengepungan di Gaza, dan Turki, Greek, serta LSM Sweden, dijangka menyokong konvoi kedua kapal, yang dipanggil Armada Kebebasan 2
(Fleet of Freedom 2).

Tentera Israel menyerang armada ‘Freedom Flotilla’ di perairan antarabangsa di Laut Mediterranean pada Mei 31, membunuh sembilan warga Turki di atas kapal MV Mavi Marmara dan mencerakan sekitar 50 orang lain, sebahagiannya dari pasukan di enam-kapal konvoi tersebut.

Israel juga menangkap dan kemudian membebaskan hampir 700 aktivis dari 42 negara yang berada di dalam kapal-kapal dari armada ‘Freedom Flotilla’, yang berusaha memecahkan pengepungan Gaza dalam rangka untuk memberikan 10.000 ton bantuan kemanusiaan kepada orang-orang yang menderita dari wilayah Gaza .


Sementara itu, rombongan Misi Gaza, Yayasan Amal Malaysia yang berada di Kaherah, Mesir, mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak bagi memudahkan usaha menghantar bantuan melalui Rafah.

Menurut Setiausaha Misi tersebut, Mohd Fauzi Abu Samah, perjumpaan dengan Pemangku Duta Malaysia di Mesir, Encik Saiful, berlangsung dengan baik.

Katanya, pihak kedutaan berjanji akan cuba berusaha membantu pihak Yayasan Amal Malaysia untuk masuk ke Gaza.

Menurutnya lagi, kunjungan ke pejabat Persatuan Bulan Sabit (PBSM) Palestin di Al Thawra St Heliopolis memberikan kami beberapa maklumat berkenaan peraltan bantuan yang amat diperlukan oleh penduduk Gaza.

“Kami telah di beri taklimat oleh 'Deputy Secretary General', Tarek Arafat. kami dimaklumkan antara keperluan yang kritikal yang diperlukan dari segi perubatan adalah peralatan seperti mesin dialisis dan lain-lain.

“Kami juga dibekalkan dengan senarai ubat-ubatan dan keperluan kritikal di Gaza,”jelas Fauzi yang dipetik dari laman blognya. -BO

1 comment:

  1. dari anta troops g lubnan.. baik anta g gaza...
    xmau lah, g lubnan leh mkn angin..

    ReplyDelete