SELAMAT DATANG
SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI
Sunday, July 10, 2011
Anwar: Sandiwara Yang Tidak Bersih
ANWAR Ibrahim memang pandai berlakon dengan memperalatkan Datuk S.Ambiga untuk memimpin perhimpunan haram pada 9 Jul yang lalu. Anwar terus bersandiwara untuk mengalih perhatian rakyat supaya tidak lagi memberi tumpuan kepada kes liwat dan isu video seks yang semakin menjejaskan kredibilitinya. Rakyat terutama ahli dan penyokong PR sekali lagi ditipu dan diperdaya oleh Anwar.
Terbaru Anwar dalam Youtube telah memaparkan gambar beliau terbaring atas katil dan mendakwa dipukul oleh anggota polis semasa perhimpunan haram – lakonan dan sandiwara terhebat menagih simpati rakyat. Rakyat sudah muak dan sudah tidak percaya kepada Anwar termasuk isterinya, Wan Azizah serta anaknya, Nurul Izzah.
Anwar memang pakar “lorong belakang” kerana telah berada di Hotel KL Hilton sebelum jalan menghampiri ibukota ditutup dan dikawal rapi oleh pihak polis. Anwar bersama penyokongnya telah berarak dari hotel tersebut melalui terowong laluan bas di KL Sentral dan menghalang tugas pihak polis ketika menyertai perhimpunan haram tersebut. Anwar dan penyokongnya secara keras cuba mengganggu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dengan menimbulkan pelbagai provokasi termasuk melaungkan “serang pihak polis” sekali gus memaksa pihak polis melepaskan gas pemedih mata.
PAS turut diperkuda dan ditunggangi dari belakang oleh Anwar untuk menyertai perhimpunan haram tersebut. Jelaslah bahawa pemimpin PAS dari kalangan profesional (Erdogan) mudah dicucuk hidung oleh Anwar selain memulas telinga Ambiga. Presiden PAS, Abdul Hadi Awang juga lemah dengan menurut telunjuk Timbalannya, Mat Sabu yang ternyata penyokong kuat Anwar.
Lakonan Anwar yang tidak bersih telah menyusahkan banyak pihak. Rakyat telah terperangkap berjam-jam dalam kesesakan lalulintas, para peniaga kerugian ribuan ringgit kerana terpaksa menutup premis dan sektor pelancongan negara turut mengalami kerugian besar. Aktiviti biasa rakyat juga terjejas dan menghadapi pelbagai permasalahan akibat perhimpunan haram tersebut. Imej negara di kalangan pelabur dan pelancong antarabangsa terjejas dan memakan masa cuma diyakinkan. Semua ini akibat lakonan seorang manusia durjana, pengkhianat, petualang negara dan penderhaka – ANWAR IBRAHIM.
Anwar dan PR adalah perosak keamanan dan keselamatan negara. Janganlah kita diperbodohkan lagi. Marilah kita bertekad menolak Anwar dan PR dalam PRU 13 nanti. Hanya BN mampu membawa keharmonian dan kemakmuran rakyat secara berterusan. Jauhilah diri kita daripada manusia seperti ANWAR Ibrahim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment