SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI

Monday, June 11, 2012

ISU PEROLEHAN PERTAHANAN DI POLITIKKAN

Sejak kebelakangan ini sering kita baca dan teliti berkenaan isu perolehan kelengkapan dan aset pertahanan negara dipolitikkan demi kepentingan tertentu. individu dan badan NGO yang bernaung di bawah badan antarabangsa digunakan untuk menghentam kerajaan dan ATM kerana pelbagai kepincangan yang berlaku tanpa memikirkan kebenaran dan implikasi yang bakal dihadapi oleh negara dari sudut keselamatan. Negara-negara serantau hanya memerhati sahaja tingkah laku dan tindak tanduk segelintir individu rakyat Malaysia sendiri yang daif tentang soal keselamatan namun cuba berlagak sebagai pembela rakyat, memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat wahal pada masa yang sama telah menghebahkan kepada dunia tentang maklumat penting negara. 
Misalnya berkenaan isu yang dikatakan penjualan maklumat sulit TLDM kepada syrikat Perancis baru-baru ini,  perkara tersebut bukan sekadar memburukkan nama ATM malah mencemarkan imej Malaysia di mata dunia. pihak yang cuba membangkitkan isu ini nampaknya lebih berminat untuk berpolitik sahaja tanpa menilai baik buruk kesan jangka panjang kepada negara. isu dalaman walaupun berkaitan dengan syarikat luar negara sepatutnya dibicarakan atau diselesaikan oleh negara kita sendiri tak perlu membuka pekung di dada semata-mata ingin popularkan diri sendiri..kononnya aku la wira pembela Agama, Bangsa dan Negara....Menteri Pertahanan sendiri telah mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara tersebut dan menafikan sekeras2nya dakwaan berlaku penjualan maklumat sulit TLDM dan berjanji akan melakukan siasatan kerana melibatkan isu keselamatan. berita harian. so sabar la biarkan menhan buat kerjanya sebelum membentangkan keputusan siasatan kepada umum. Jangan nak mempolitikkan nya lagi...ada maklumat yang diperolehi dari blogers juga mendakwa sebenarnya tiada perbicaraan yang berlaku berkenaan isu scorpene di Perancis , sekiranya benar berkara ini jelas membuktikan tujuan isu ini digembar gemburkan adalah berniat jahat semata-mata, hanya untuk dijadikan gula-gula mendapat sokongan rakyat untuk PRU 13. pikir2 kan wahai rakyat Malaysia yang mempunyai akal fikiran yang waras sekalian...

Seterusnya, akhir-akhir ini juga ramai di kalangan penjawat awam/ tentera yang berpaling tadah memburukkan kerajaan sedangkan semasa mereka menjawat jawatan dalam kerajaan atau tentera tiada sebarang tindakan atau perubahan yang dibawa demi kebaikan organisasi mereka berkhidmat. kini bila diberi jawatan di luar organisasi sibuk mendedahkan keburukan dan kepincangan kerajaan. semua benda yang dibuat salah dan tiada satu pun kebaikan yang diceritakan. pendedahan yang dibuat jelas mempunyai kepentingan di sebalik semua dakwaan yang dibuat mengundang cemuhan dan pendedahan perkara sebenar oleh segelintir bloger yang tidak berpuas hati dengan dakwaan yang dibuat. seperti yang diceritakan dalam blog sahabat kita yang tidak henti-henti mempertahankan dan melontarkan hujah-hujah berkenaan sesuatu isu, blog http://askarsetia.blogspot.com/.http://www.merapusakan.blogspot.com/ berkenaan tomahan yang dilemparkan oleh bekas pegawai kanan yang mengkritik organisasi yang menjadi periuk nasi beliau lebih 30 tahun, sedarlah bahawa hasil daripada perkhidmatan beliau yang begitu lama telah membawa berbagai kebaikan kepada diri dan keluarga, mampu memiliki rumah yang selesa, mengumpulkan harta serta menyekolahkan anak-anak sampai ke peringkat universiti namun apabila di luar mengutuk, mengkeji serta mengfitnah tempat mencari makan. ini la manusia yang tidak mengenang budi. sanggup memperkudakan bekas tuannya demi jawatan dan janji-janji yang diberikan....

sedar la wahai insan..ade segelintir masusia sanggup buat ape saje demi mencapai hasrat dan dendam yang terbuku dihati...nilailah dengan akal fikiran buatlah pertimbangan agar kita tidak terpesong dengan dakyah sempit mereka...


No comments:

Post a Comment