SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI

Friday, January 11, 2013

PESARA TENTERA TAK BERPENCEN DAPAT IMBUHAN BULANAN

Bekas-bekas tentera yang tidak berpencen iaitu yang berkhidmat kurang daripada 21 tahun tentu tertarik dengan janji Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli melalui ceramah malam tadi yang memberi keutamaan kepada warga dan bekas tentera sekiranya berjaya mengambilalih tampuk pemerintahan pada PRU ke-13 nanti. Yang paling menarik perhatian semua adalah pemberian imbuhan khas kepada warga pesara tentera yang tidak berpencen setiap bulan sampai bila-bila......Sungguh menarik perhatian, bukan sahaja warga tentera malah penjawat awam yang lain terutamanya penjawat awam yang berunifom selain tentera. Mereka juga ingin menuntut imbuhan yang sama kerana mereka juga berkhidmat untuk negara, menjaga keamanan negara dan sebagainya. Adakah   kerana ceramah yang diadakah tersebut khas untuk menarik perhatian dan sokongan warga tentera maka janji-janji yang ditabur sekadar melepaskan batuk ditangga tidak memikirkan kesan baik buruk dikemudian hari. Kita harus ingat jumlah pesara tentera tidak berpencen pada tahun lepas melebihi 80,000 orang dan jumlah tersebut akan meningkat tahun demi tahun.

Saya akui sudah banyak kerajaan memerintah lakukan bagi menjaga kebajikan warga tentera dan pesara, namun, masih banyak ruang untuk penambahbaikan pada masa akan datang..Bantuan-bantuan dan imbuhan seperti bantuan one off untuk pesara tidak berpencen merupakan pembaharuan yang dilakukan yang sebelum ini tidak pernak difikirkan oleh warga pesara, diharap pada masa-masa mendatang lebih banyak insentif seperti ini dibuat demi memartabatkan warga pesara dan sebagai  menghargai jasa dan pengorbanan mereka semasa berkhidmat.

Saya cukup berbangga kerana banyak pihak kerajaan mahupun pembangkang serta NGO sering cuba menjaga kebajikan warga tentera dan pesara, namun setiap usaha atau tindakan yang dilakukan haruslah berlandaskan keihlasan dan bukannya sekadar cuba menabur janji untuk mendapatkan balasan. warga tentera dan pesara bukan anak ayam yang boleh diatur ke sana dan ke sini hanya dengan menabur makanan malah mereka semua celik ilmu dan dapat membezakan yang mana baik dan buruk yang mana intan dan yang mana kaca.

Justeru, kalau berjanji wajib dikotai, kalau berjanji biarlah boleh dicapai, kalau berjanji jangan berbangga diri     kelak memakan diri.

4 comments:

  1. janji depa buat bukan wajib kena tepati pun,,,,klau
    mcm tu semua orang boleh jadi pemimpin...tabur je janji...mcm2 berckap pkai air liur tak pa la...

    ReplyDelete
  2. kalau nk letak yg berenti kerja tak berpencen pun akan dpt,yg sketor awam selain tentera pun nak..ya la..takyah letak umoq berpencen bagai....kerja 10,11 tahun,benti,tetap akan dapat pencen.hapa punya cakapla rafizi ni.tak eksklusif langsung.tau cakap ja...kalau cmtu saya pun leh cakap...

    ReplyDelete
  3. kena cuba baru tau bkn lama pun 4 ke 5 thn je ,,jgn keliru sgt kerajaan bkn boleh selamanya , drpd skang tahunan hilang 28bil , x tau kemana ,baik kita xuba yg baru

    ReplyDelete
  4. TAK PAYAH NK BEHARAP SGT,ADA KUDRAT USAHA SENDIRI KLU DORANG NK BAGI DUIT AMBIL JE KALAU TAK BAGI SUDAH.USAHA SENDIRI LAGI BERKAT

    ReplyDelete