KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah aset pertahanan di
Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang diletak di bawah pengawasan Kawasan
Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
Panglima
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd
Zain berkata antara penambahan itu ialah menyediakan kenderaan pengangkut
anggota berperisai (APC) untuk pasukan tentera darat dan PDRM.
“Kami
akan turut menambah aset udara seperti helikopter dan perkara
lain,” katanya.
Beliau
berkata demikian pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri
Khalid Abu Bakar selepas majlis syarahan bertajuk ‘Kerjasama Antara ATM
dan PDRM Ketika Ops Daulat: Satu Usaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan’
anjuran Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (Midas) di sini hari
ini.
Beliau
berkata PDRM juga akan menyediakan aset bot bagi mengawal perairan cetek
di sekitar Sabah dalam menangani masalah jenayah dan penyeludupan.
“Kita
lihat menerusi pelaksanaan Esscom, tahap keselamatan di Sabah kini jauh
lebih baik berbanding semasa pencerobohan pengganas di Lahad
Datu,” katanya.
Zulkifeli
berkata kerjasama antara ATM dan PDRM ketika Ops Daulat di Sabah adalah
melalui pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang
banyak mempertingkat hubungan kedua-dua agensi.
“Saya
boleh katakan kini kita dapat saling memahami budaya kerja yang berbeza
serta melaksanakan operasi bersama,” katanya.
Sementara
itu, Khalid berkata pihaknya kini memberi tumpuan terhadap pembinaan lima
balai polis baharu dan menambah baik tiga balai sedia ada di kawasan
Esszone.
Beliau
turut mengalu-alukan kehadiran orang awam ke Kampung Tanduo di Lahad Datu,
yang merupakan lokasi utama serangan pengganas.
“Kini
keadaan keselamatan jauh bertambah baik dan saya difahamkan
jumlah pelancong yang datang juga telah bertambah,” katanya. – Bernama
Rahasia Berjaya Bersama Situs Poker Online Terpercaya https://www.meetup.com/Internet-Business-Yogyakarta/messages/boards/thread/52599730/ yang pastinya hanya ada pada badutqq saja.
ReplyDelete