SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI

Saturday, July 3, 2010

KAPAL SELAM KD TUN RAZAK MEMPERKUKUHKAN BENTENG PERTAHANAN NEGARA



VIDEO Ketibaan KD TUN ABDUL RAZAK PADA 2 JULAI 10

LUMUT 2 Julai – Kapal selam kedua negara, KD Tun Razak selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Sambutan rasmi ketibaan KD Tun Razak itu diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; dan Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Pemilikan aset strategik tersebut tidak perlu dilihat sebagai sekadar melepaskan batuk ditangga,malah perlu diperhalusi dari semua aspek kebaikanya berbanding dengan keburukan. tidak perlulah menuding jari mencari kesalahan dan mencari kelemahan walhal negara sangat2 memerlukan pemilikan aset strategik pertahanan seperti kapal selam untuk menunjukkan kepada dunia kemampuan kita dalam menjaga tahan air kita sendiri. walaupun malaysia dilihat sebagai negara yang agak terkebelakang memiliki aset tersebut berbanding dengan negara2 jiran namun sekurang-kurangnya negara sudah mula bertapak dan tidak ketinggalan jauh malah mampu bersaing sekiranya diberi kesempatan dan waktu.

seperti yang kita semua sedia maklum, pemilikan aset-aset sebegini memerlukan perbelanjaan yang cukup besar. oleh yang demikian setiap sen pelaburan yang dibuat perlu dihargai dan dikecapai bersama dalam mengekalkan tahap keselamatan negara. masyarakat dari semua golongan perlu memberi sokongan dan perangsang kepada warga tentera kita yang bertungkus lumus siang dan malam menjaga persempadanan negara, mengawal perairan kita, dan memantau setiap inci ruang angkasa kita demi menjaga kedaulatan negara tidak digugat, demi memastikan setiap inci tanah tumpah darah ini tidak dicerobohi oleh anasir luar.

jueteru itu, perlu diingat pemilikan kapal selam tersebut yang merupakan aset strategik negara bukan yang terakhir, diharap kerajaan akan terus menambahbaikan dari sudut persenjataan dan aset-aset lain mengikut kemampuan dan perkembangan teknologi semasa supaya pihak yang cuba menggugat keamanan negara berfikir 100 kali untuk melakukan sesuatu perkara, supaya kita tidak diperkotak-katikkan supaya kita dipandang tinggi supaya kita tidak dihina supaya bendera kita tidak dipijak dan dibakar sesuka hati. - GEMABERSUARA -

No comments:

Post a Comment