SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI

Thursday, July 8, 2010

KAPAL SELAM PENGEDAR DADAH DITEMUI





Penggunaan kapal selam tidak terhad untuk pertahanan sesebuah negara sahaja malah dengan perkembangan modenisasi abad ini, penggunaannya telah meluas sehinggakan digunakan untuk tujuan pengedaran dadah. Oleh yang demikian malaysia salah sebuah negara yang mempunyai pesisir pantai yang luas perlu memiliki teknologi tersebut atas dasar menjaga setiap inci perairan negara dari dicerobohi, dari digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk dijadikan transit penyeludupan bawah permukaan. pelbagai cara digunakan oleh penyeludup sehinggakan sanggup melabor untuk menggunakan kapal selam yang bernilai ribuan juta ringgit untuk mencapai objektifnya. dengan perkembangan ancaman keganasan di rantau ini, tidak mustahil medium tersebut akan digunakan untuk penyeludupan bahan letupan, senjata dan manusia untuk tujuan keganasan. Negara perlu lebih bersedia menghadapi ancaman alaf baru ini dan tidak mustahil perkara-perkara tersebut akan berlaku. Sekiranya kita tidak mengambil berat permasalahan ini maka berkemungkinan besar negara tidak bersedia menghadapi ancaman medium baru tersebut.

No comments:

Post a Comment