SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI

Monday, August 9, 2010

Iran Menawarkan Kepakaran Nuklear Kepada Malaysia



KUALA LUMPUR: Iran has expressed interest to offer its expertise in nuclear energy technology to enable Malaysia set up a nuclear power plant, Dewan Rakyat Deputy Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar said Monday.

He said the interest was stated by the Iranian Ambassador to Malaysia Prof Dr Mohammad Mehdi Zahedi when the latter called on him Monday at his office at Parliament House, here.

Dr Wan Junaidi said to reporters later he informed Dr Mohammad Mehdi that Malaysia had yet to make a final decision on setting up a nuclear power plant and that it was still premature at the moment.- BERNAMA

Tawaran yang dibuat oleh Iran kepada Malaysia merupakan satu bentuk kerjasama yang mampu meningkatkan kepakaran teknologi nuklear yang mungkin jauh lebih murah berbanding dengan negara-negara lain yang lebih bersifat mengongkong dan lebih kepada kepentingan tertentu sahaja. tawaran tersebut dilihat lebih ikhlas kerana seperti yang kita sedia maklum Iran adalah sebuah negara islam yang memperjuangkan hak dan kebebasan negara tesebut memiliki kepakaran nuklear walaupun ditentang keras oleh US dan sekutunya.

Jikalau dilihat dari sudut ekonominya, tawaran tersebut merupakan peluang terbaik negara dalam usaha memperkayakan sumber tenaga yang berterusan dan teknologi nuklear negara untuk kemajuan negara disamping tren peningkatan kos bahan api tradisional yang tidak nampak ada jalan penyelesaiannya. namun jauh disudut hati setiap anggota masyarakat memikirkan keburukan yang bakal diperolehi sekiranya teknologi kuasa nuklear tersebut tidak diuruskan dengan sebaik mungking kerana kesannya adalah dasyat dan sukar diatasi.Kesan kemusnahan pernah tercatat dalam sejarah apabila bom atom digugurkan di hiroshima dan nagasaki, seperti di bawah......



kesan-kesan selepas pengeboman....



selain daripada itu juga, sekiranya Malaysia mempunyai hubungan nuklear dengan Iran secara langsung akan menjejaskan hubungan baik Malaysia dengan US yang merupakan antara pelabur terbesar di negara ini. bukan soal pelaburan dan aspek ekonomi sahaja, US akan memutuskan hubungan diplomatik dan berkemungkinan besar akan mengklasifikasikan Malaysia antara negara yang disenarai hitamkan dalam polisi luar mereka dan juga akan dikaitkan dengan negara yang menyokong Iran yang dikatakan mempunyai niat untuk membangunkan senjata nuklear.

dengan kata lain, banyak implikasi yang perlu difikirkan oleh pihak berwajib mengenai tawaran tersebut, diharap pihak-pihak tertentu jangan politikkan isu tersebut untuk kepentingan peribadi dan politik semata-mata kerana akhirnya rakyat juga yang akan menanggung akibatnya....sekian..untuk renungan.

2 comments:

  1. iran nk bg kepakaran nuklear..
    tp itu hari ada dengar jepun nk kongsi kepakaran Ultraman..

    ReplyDelete
  2. ultraman tu jepun, kita kan ade kapoww kan

    ReplyDelete