SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI

Thursday, July 22, 2010

Kuasa Nuklear di Asia Tenggara


Perkembangan perlumbaan kuasa nuklear di rantau asia tenggara menampakkan telah bermula dengan pengesahan oleh Filipina berkenaan keseriusan mereka dalam membangunkan teknologi nuklear untuk penjanaan tenaga elektrik pada masa akan datang bagi menangani permasalahan tenaga di negara tersebut. perkara ini dilaporkan oleh BERNAMA, maklumat lanjut di link ini : klik

Myanmar juga dikatakan membuat perancangan yang sama untuk membangunkan tenaga muklear, perkembangan tersebut dikatakan wujud akibat daripada perhubungan baik negara tersebut dengan Korea utara yang merupakan sebuah negara kuasa nuklear. Kebimbangan akan wujud ketidakstabilan di rantau ini turut disuarakan oleh Menteri Luar AS Hillary Clinton yang menyatakan keprihatinan AS tentang Myanmar yang dilaporkan mempunyai hubungan ketenteraan dengan Korea Utara dan kenyataan itu disokong apabila sebuah kapal dari Korea Utara baru-baru dilaporkan telah membawa peralatan ketenteraan ke Myanmar, maklumat lanjut di link ini: klik

Malaysia tidak ketinggalan dalam menguasai teknologi tersebut dan dikatakan akan malaysia akan mempunyai loji tenaga nuklear pada tahun 2020 bagi menampung kekangan tenaga yang memuncak disamping kenaikan bahan api fosil.

Perkembangan ini dilihat mempunyai kesan positif dan negatif bergangtung kepada pentafsiran individu tersebut, jika dilihat dari sudut positif penggunaan tenaga nuklear mampu memenuhi keperluan dan penggunaan tenaga yang murah disamping permasalahan dan risiko bahan buangan yang sukar dilupuskan serta sekiranya tidak diurus dengan baik akan berlaku malapetaka yang dasyat. walaubagaimanapun diharap penggunaan nuklear terhad kepada penjanaan tenaga elektrik sahaja tidak lebih daripada itu terutama sekali untuk tujuan ketenteraan dan kepentingan tertentu. tahap keselamatan dan pengawalan perlulah pada tahap yang tinggi bagi mengelak disalahgunakan terutamyanya oleh pengganas, sekiranya perkara tersebut berlaku maka akan berlaku kemusnahan yang besar serta memerlukan wang dan masa yang panjang untuk mengawalnya...

No comments:

Post a Comment