SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI

Sunday, June 23, 2013

BLACK 505: TENTERA TIDAK TERLIBAT

Usaha sesetengah pihak cuba mengaitkan pengajuran Black 505 dengan pihak Angkatan Tentera Malaysia tidak berhasil. Pelbagai usaha yang digembar-gemburkan kononnya cubaan untuk melibatkan pihak ATM dalam kancah politik sempit mereka tidak berhasil. Kononnya wujud satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak PDRM untuk meminta bantuan ATM sekiranya diperlukan untuk menangani permasalahan tersebut di Padang Merbok menjadi isu panas padahal perkara tersebut menjadi rutin PDRM dan ATM berkerjasama dalam soal-soal keselamatan sekiranya diperlukan sahaja. Perkara itu pun tertakluk keputusan pihak atasan sekiranya dirasakan perlu.

Namun PDRM dan DBKL setakat ini masih mampu menangani perhimpunan tersebut dan tidak perlulan dicanang satu dunia kekecewaan sesetengah pihak yang kononnya tidak berpuashati dengan kerjasama yang sedia wujud antara kedua-dua pasukan keselamatan tersebut. Janganlah disebabkan kegagalan perhimpunan tersebut, ada pihak yang cuba memutarbelitkan dan cuba mencari isu baru untuk diketengahkan agar dapat mengaburi mata dan telinga rakyat.

Setakat pengetahuan penulis, perhimpunan Black 505 tidak ada langsung penglibatan warga tentera menunjukkan tahap kesetiaan warga ATM terhadap Yang Dipertuan Agong dan Negara Malaysia berada pada tahap yang kukuh dan padu. Warga ATM membenci kekecohan dan mengganggu ketenteraman awam   serta cintakan keamanan. Justeru janganlah cuba menegakkan benang yang basah dan mengganggu ketenteraman kami warga tentera yang akan mempertahankan sepenuh jiwa raga dan nyawa demi memastikan keamanan dan keutuhan Negara Malaysia tercinta tidaj diganggu gugat oleh anasir luar mahupun dalaman. Kami akan menentang sekeras-kerasnya cubaan apa sahaja yang dilakukan untuk meruntuhkan institusi yang setia wujud sekian lama. Gagah Setia, Sedia Berkorban dan Sentiasa Diangkasa Raya.

2 comments:

  1. Ya...kita semua memang benci kekecohan dan gangguan ketenteraman awam yang langsung tiada faedah dan merugikan ni.

    ReplyDelete
  2. warga ATM semua profesional, mana ade yg terlibat dengan program menyusahkan rakyat tu,,,,

    ReplyDelete