SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI

Tuesday, August 28, 2012

Pentagon Mencipta Robot Perisikan Sesumpah : Boleh Bertukar Warna


The military wants to build a fleet of miniature ground robots to squeeze cameras into tight places for observation purposes. Scientists at the Defense Advanced Research Projects Agency have built robot prototypes that change color like a chameleon to help those robots blend in.

DARPA engineers built a soft, silicone model for the prototype. The pliable material makes it more resilient than a rigid material and allows it to fit into constrained spaces.

The prototype is an early model with the robot tethered to the control system. DARPA officials said the next model will potential have more self contained hardware.

Engineers hope to improve the robot’s motion fluidity and speed, although officials said they are less worried about speed as they are flexibility.
The fluids that change color in the prototype are presently pumped in from the tether system. It takes the robot only 30 seconds to change colors and adapt to its surroundings.

Understanding the cost restraints facing the military’s declining budgets, DARPA focused on keeping the chameleon robot affordable. The silicone model does that by keeping manufacturing costs down with molds.

“DARPA is developing a suite of robots that draw inspiration from the ingenuity and efficiency of nature. For defense applications, ingenuity and efficiency are not enough—robotic systems must also be cost effective. This novel robot is a significant advance towards achieving all three goals,” said Gill Pratt, DARPA’s program manager for Maximum Mobility and Manipulation.


Read more: http://defensetech.org/2012/08/28/pentagon-builds-chameleon-robots/#ixzz24uABzcOj 

Friday, August 10, 2012

Solat Dijadikan Bahan Lawak: Penghinaan Terhadap Islam


Kenapakah perkara ini boleh berlaku....fikir-fikirkan..perkara tersebut merupakan satu bentuk penghinaan dan mempunyai tujuan merendah-rendahkan martabat agama Islam di mata masyarakat Barat. Kenapakah tiada satu pihak pun yang tampil membuat bantahan sedangkan video ini telah ditonton oleh berjuta penonton  seantero pelusuk dunia. Bangkitla wahai Umat Islam sesungguhnya banyak golongan yang cuba menghancurkan kita.....

Perkara terkutuk tersebut adalah bertujuan untuk menimbulkan kemarahan masyarakat terhadap umat Islam secara tidak langsung, melalui klip tersebut juga jelas menampakkan ketidapuasan hati individu-individu yang terlibat terhadap pelakon yang sedang bersolat.


Thursday, August 9, 2012

CIA : Perisikan Alaf Baru Tanpa Disedari


Tanpa disedari dan tidak pernah terlintas difikiran sebenarnya ada pihak yang mengumpulkan maklumat perisikan menggunakan peralatan elektronik yang kita miliki terutamanya gajet-gajet canggih dan moden sekarang. perkembangan tersebut dikatakan telah lama berlaku namun hanya diketahui sejak kebelakangan ini sahaja. perkara ini dibuktikan dengan kenyataan dari CIA sendiri seperti berikut:
Pengarah Agensi Penyiasatan Pusat (CIA) mendedahkan mereka akan menggunakan cara baru untuk ‘mengawasi’ masyarakat.

Perisik tidak lagi perlu meletakkan peranti pepijat di rumah secara rahsia kerana alat elektronik pada masa ini kebanyakannya dikawal perisian penggunaan (applications).

“Secara tidak langsung, setiap isi rumah sebenarnya telah memasang peranti pepijat secara automatik di rumah mereka. Semua peralatan elektronik kini boleh dikawal dengan sejenis cip,” jelas David Petraeus.

Menurutnya lagi, mikrocip itu membolehkan alat elektronik ‘dibaca’ seperti buku, sekali gus, kaedah baru tersebut kononnya akan dapat mengubah seni mengintip yang telah diguna pakai sebelum ini.

Penggunaan kaedah kawalan terhadap alat teknologi itu didakwa lebih murah kerana dipantau menggunakan frekuensi radio dan rangkaian sensor.
Secara tidak sedar sebenarnya pihak musuh Islam telah lama mengumpulkan data-data umat Islam seluruh dunia terutamanya yang menentang dan memusuhi pihak barat. Perkara tersebut dijadikan sumber untuk membuat keputusan selanjutnya samada untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan ataupun untuk memantau negara-negara yang berisiko untuk menentang mereka pada masa akan datang.
Sedarlah wahai umat Islam sesungguhnya pihak kafir akan terus mencari jalan untuk menghapuskan kita cuma masa dan ketikanya sahaja yang tidak diketahui....

sekian....

Wednesday, August 8, 2012

Markas Baru Tentera Korea Selatan Tercanggih di Dunia

S Korean army chiefs in new HQ

SEOUL: Ibu Pejabat baru Angkatan Tentera Korea Selatan dilengkapi dengan pelbagai peranti pelindung canggih yang dapat melindunginya daripada serangan siber dan juga elektromagnetik.
Pada Rabu, para panglima tertinggi tentera Korea Selatan secara rasminya berpindah ke bangunan baru setinggi 10 tingkat itu.
Ia antara lain dilengkapi dengan pelindung serangan gelombang elektromagnetik, anti-radiasi daripada ledakan bom nuklear dan juga kalis gempa bumi sehingga ke magnitut 8.38 skala richter.
Serangan gelombang elektromagnetik boleh melumpuhkan sistem perisian komputer dan sistem persenjataan.
Bangunan yang dilengkapkan dengan empat tingkat bawah tanah itu dibina bersebelahan dengan Kementerian Pertahanan di tengah-tengah bandar ini dan menelan perbelanjaan sehingga 187.5 bilion won (AS$166.5 juta).
Walaupun Korea Selatan mempunyai angkatan tentera yang indipenden tetapi dalam suasana perang, mereka akan berada di bawah arahan tentera Amerika Syarikat yang berjumlah 28,500 pada masa ini di negara itu.
Ini berikutan perjanjian yang ditandatangani di antara kedua-dua buah negara ekoran Perang Korea 1950-53.
Perjanjian itu hanya akan tamat pada tahun 2015.
Walaupun Perang Korea tamat pada tahun 1953 tetapi kedua-dua buah negara tidak menandatangani sebarang perjanjian genjatan senjata yang secara teknikalnya meletakkan mereka di dalam mode perang sepanjang masa.
mStar

Tuesday, August 7, 2012

1MALAYSIA PRIVILEGE CARD - ANTARA JANJI YANG DITEPATI!


Sebagai menghargai sumbangan jasa serta bakti anggota polis dan tentera, inisiatif terbaru bagi meringankan beban mereka dengan melancarkan 1Malaysia Privilege Card khusus untuk 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu. Inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 23 syarikat yang mengambil bahagian. Lebih menggembirakan, dikhabarkan bahawa lebih banyak syarikat yang akan menyertai inisiatif berkenaan.

Jom semak syarikat-srarikat berkenaan.


Namun ironinya, masih terdapat beberapa golongan dan pertubuhan haram yang sering mendakwa itu dan ini yang kononya kebajikan anggota tentera tidak diberi perhatian yang sewajarnya, pihak berwajib terus berusaha untuk mewujudkan pelbagai inisiatif yang bertujuan memberi manfaat kepada warga  Angkatan Tentera Malaysia. 

Puak-puak dari 'persatuan haram BAT- BAT' dilihat sibuk mengkoordinasi pelan dan rancangan penyebaran propaganda melalui cyber trooper masing-masing dan membawa berita palsu kononnya pihak kerajaan mengabaikan kebajikan anggota tentera dan bekas-bekas tentera dan melabelkan golongan tersebut sebagai kumpulan 'Wira Yang Tidak Didendang". Lebih mencuit hati apabila ada wakil dari parti A yang menjadi Tuan Penasihat kepada salah satu pertubuhan haram yang kononnya untuk bekas tentera kini sibuk melaungkan-laungkan soal kebajikan, hak-hak, dan bermacam jenis janji dan kritikan, namun... ia sekadar membasahi bibir dengan air liur sahaja. Percaya atau tidak, pasti akan ada blogger bekas tentera yang 'baru sehari-dua' menjadi orang awam akan berkata seperti ini...

"Ini semua adalah hasil desakan kami. JIKA kami tidak lantang bersuara, kerajaan pasti sudah melupakan jasa anggota tentera..Jadi sokonglah parti kami"...

Tak malu ka bang?

Ahh..kita lupakan saja janji-janji manis mereka yang... Kita berbalik pada 1Malaysia Privilege Card yang merupakan lanjutan kepada strategi National Blue Ocean (NBOS 6) yang berkisar kepada kerjasama unik antara pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang diperkenalkan Malaysia, khusus untuk manfaat  anggota tentera dan polis malahan menjana ekonomi rakyat dan negara dengan 'kuasa beli' yang diperolehi. 


Layari laman web 1Malaysia Privilege Card DISINI


Laman Facebook 1Malaysia Privilege Card. Klik SINI

Inisiatif menerusi strategi NBOS 6 itu menyaksikan kerjasama antara tiga kementerian iaitu Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan yang membolehkan pemegang kad tersebut menikmati diskaun dalam pelbagai perbelanjaan. Ia meliputi barangan keperluan harian, alat sukan, alat ganti kenderaan, perhotelan dan barangan kesihatan yang mana senarai lebih 20 syarikat mengambil bahagian serta tawaran-tawaran mereka boleh disemak di portal yang disediakan. 

Penyerahan 1Malaysia Privilege Card akan dilaksanakan dalam 3 fasa yang bermula dengan anggota Angkatan Tentera Malaysia, PDRM diikuti dengan pesara-pesara kedua-dua perkhidmatan dan lain-lain perkhidmatan yang dikenalpasti. Sehingga hari ini, sejumlah 130,000 buah kad telah diserahkan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia dan 111,000 kepada anggota PDRM.

.....Askar Setia....





Ejen Israel Dalangi Serangan Terhadap Tentera Mesir? Sanggup Menyerang Dikala Berbuka..


Serangan ke atas tentera Mesir di Semenanjung Sinai yang mengakibatkan 15 askar Mesir terbunuh menimbulkan persoalan. 
Antaranya :

1) Begitu ramai tentera Mesir terbunuh. Rekod terburuk sejak 20 tahun.
2) Diserang dikala tentera Mesir sedang berbuka puasa.
3) Israel terlebih dahulu tahu rancangan serangan itu melalui sumber risikan.
4) Kesemua penyerang dibunuh oleh Tentera Israeldalam kawasan Israel.
5) Begitu mudah penyerang menggunakan 2 kenderaan.
6) PM Israel memuji perisikan mereka dan bersyukur kerana tiada orang awam(Israel) jadi mangsa penyerang.
7) Peristiwa ini berlaku dikala  Mesir dipimpin oleh Ikhwanul Muslim dan hubungan dengan HAMAS  begitu erat.

KEBARANGKALIAN TEORI :

1)  Seperti serangan keatas WTC September 2001, Israel terlebih dahulu tahu serangan sebelum berlaku.

2)  Cubaan Israel mengadu domba Presiden Mesir dengan Tentera Mesir.


3)  Cubaan Israel mengadu domba Mesir dengan HAMAS.

4)  Hujah Israel untuk mendesak Mesir menutup kembali pintu sempadan Gaza untuk rakyat Palestin.

5)  Israel cuba "mencipta perang" dengan Mesir untuk alihkan perhatian Mesir terhadap isu Palestin dan Syria.

6)  Israel akan mendesak melalui Amerika agar Amerika mendesak Mesir putuskan hubungan dengan HAMAS.

7) Penyerang adalah Tentera Elit Israel atau Tentera Upahan Israel. Bagi menghapuskan segala bukti, maka penyerang itu mesti dibunuh kesemuanya. Benar, kesemua penyerang di bunuh oleh Israel semasa memasuki sempadan Zionis.

Mesir tidak dapat menyiasat kenderaan dan identiti penyerang kerana ianya"berakhir" dalam kawasan Zionis.

Thursday, August 2, 2012

ROHINGYA: CUBIT PEHA KANAN, PEHA KIRI PUN TERASA SAKIT...


Demo Rohingya selepas solat jumaat menggambarkan sokongan rakyat Malaysia terhadap minoriti etnik Rohingya yang ditindas oleh etnik rakhine yang disokong oleh pihak berkuasa Myanmar. Banyak penindasan dan pemusnahan harta benda yang dilakukan seolah-olah mendapat restu dari kerajaan yang seharusnya menjadi pelindung kepada golongan terbabit. hayatilah video dibawah dengan penuh keinsafan akibat kegagalan saudara seislam membantu......
Selain daripada itu juga, pelarian Islam Rohingya dinafikan haknya oleh sesetegah negara apabila gagal mendapat kebenaran untuk memasuki negara mereka dan di halau ke laut untuk pulang semula..sedangkan negara tersebut juga majoriti adalah orang Islam...mana perginya persaudaraan sesama agama..
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah mendapat jemputan bersama 18 NGO lain untuk "Demo for Rohingya" pada hari ini, Jumaat 3 Ogos 2012, bermula di Masjid Tabung Haji ke Kedutaan Myanmar selepas solat Jumaat. IKRAM menyokong dan menggalakkan ahli-ahlinya khususnya di sekitar Lembah Klang untuk turut serta menyertai demo tersebut. Berikut adalah draf memorandum yang akan diserahkan kepada kedutaan Myanmar di Malaysia. Maklumat lanjut beserta isi kandungan memorandum sila klik..detai...
Pada masa yang sama saya juga amat terkejut. Pejuang kebebasan hak asasi manusia, Aung San Suu Kyi hanya berdiam diri di dalam isu ini. Fakta ada mengatakan masyarakat muslim Rohingya di Myanmar merupakan masyarakat yang paling tertindas sekali di dunia. namun menerima hakikat kepentingan politik mengatasi segala2nya......read 
Suu Kyi’s National League for Democracy looks ahead to elections in 2015. They say Suu Kyi fears that expressing support for the Muslim minority could jeopardize her campaign.
The government of Myanmar refuses to recognize Rohingyas, who it claims are not natives and classifies as illegal migrants, although the Rohingya are said to be Muslim descendants of Persian, Turkish, Bengali, and Pathan origin, who migrated to Myanmar as early as the 8th century.
The UN says decades of discrimination have left the Rohingyas stateless, with Myanmar implementing restrictions on their movement and withholding land rights, education and public services.
Reports say 650 Rohingya Muslims were killed as of June 28 alone during clashes in the western region of Rakhine. This is while 1,200 others are missing and 80,000 more have been displaced. Sumber



SUMBANGAN AIDILFITRI KEPADA ATM


SYABAS dan terima kasih kepada syarikat-syarikat kongolomerat yang sentiasa menyokong Angkatan Tentera Malaysia. Syarikat-syarikat berkenaan telah menyumbang ribuan ringgit kepada Tabung Angkatan Tentera Malaysia sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Majlis penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 2012 kepada Angkatan Tentera Malaysia telah berlangsung dengan amat meriah di dewan Auditorium KEMENTAH, Wisma Pertahanan jam 10 pagi tadi. (2 Ogos 2012). Majlis berkenaan telah dihadiri oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, YDP BAKTI iaitu Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Manor, Panglima-Panglima Perkhidmatan, warga tentera dan awam KEMENTAH.

Untuk makluman pembaca, majlis rasmi yang diadakan oleh para penderma itu merupakan acara wajib yang dianjurkan pada bulan Ramadhan setiap tahun. Sumbangan tersebut akan diagih-agihkan kepada para pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia yang sedang menjalani operasi di dalam dan di luar negara termasuk yang sedang menyertai misi PBB dan yang bertugas semasa hari raya kelak.

Antara penyumbang terbesar sumbangan berkenaan ialah BAKTI, NADI, LTAT, BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD, Affin Bank Berhad, WESTSTAR MAXUS, SAPURA, MISC BERHAD, ZETRO SERVICES PAKAIAN SALING ERTI dan banyak lagi. Menurut senarai sumbangan penyumbang yang saya perolehi, sejumlah 45 buah syarikat telah menyumbang dalam bentuk bantuan kewangan yang hamper mencecah jumlah sebanyak RM1.56 juta! Itu belum mengambil kira sejumlah 14 buah syarikat yang telah menyumbang makanan dan barangan keperluan untuk hari raya kelak.

Bayaran zakat sejumlah RM 1 juta oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan RM500,000 oleh pihak Affin Bank Berhad turut diserahkan dalam majlis berkenaan.

Kepada pegawai dan anggota yang akan berkhidmat semasa Aidilfitri samada di dalam mahupun di luar negara, kami mendoakan kesejahteraan kalian dan semoga Allah S.W.T membalas segala pengorbanan yang dilakukan. Pengorbanan anda tidak pernah kami lupakan. 
  ....askarsetia....tq

Wednesday, August 1, 2012

Anggota Tentera Dibelasah Sebab Tak Beri Hormat



Kita dihangatkan dengan isu seorang anggota tentera yang baru bertugas seminggu dibelasah sehingga koma dan terpaksa dikejarkan ke hospital dan mengalami beberapa kecerderaan. Bukan kecerderaan anggota tersebut yang menjadi isunya tetapi perkara-perkara lain yang berbangkit terutamanya persoalan  laporan-laporan yang dibuat oleh bloger di alam maya mempunyai versi yang berbeza terutamanya melibatkan sipelaku dan individu terlibat dalam kes tersebut. jika dilihat versi pertama seperti berikut.......

Menceritakan kejadian itu, Ahmad mendakwa bertugas di pondok pengawal pada jam 1 tengah hari, Sabtu lalu sebelum sebuah kereta dinaiki seorang lelaki berpakaian biasa memasuki kem.

“Dia memberhentikan kereta dan menghampiri saya. Dia mendakwa seorang pegawai dan memarahi saya kerana tidak memberi tabik hormat.

“Dia menendang perut dan membelasah saya bertubi-tubi. Selepas itu, pada jam 2 petang, saya dipanggil ke kem dan dibelasah pula dua pegawai lain menyebabkan saya sakit perut dan pening,” katanya.
Versi Kedua........

Ahmad Abu, 21, mengawal Pos Kawalan Unit Semboyan, Kementerian Pertahanan apabila dia dikatakan tidak memberi tabik hormat kepada pegawai berpangkat Mejar Jeneral yang memasuki kawasan kementerian menggunakan kenderaan sendiri.

Bapa mangsa, Abu Koming, 53, berkata anaknya itu baru bertugas di pos kawalan berkenaan dan tidak mungkin mengenali semua pegawai di kementerian selain pegawai terbabit tidak menggunakan kenderaan tentera.
Katanya, berikutan itu, Ahmad dipanggil tiga pegawai penyelianya, masing-masing berpangkat Sarjan, Staf Sarjan dan Koperal untuk memberi penjelasan.

“Tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan, mereka membelasah anak saya hingga cedera di kepala dan beberapa bahagian badan sebelum dikejarkan ke hospital apabila tidak sedarkan diri,” katanya.

Oleh yang demikian, terbukti ada unsur-unsur mereka-reka cerita oleh golongan blogers yang tidak bertanggungjawab. Golongan tersebut hanya ingin mengsensasikan isu sahaja tanpa mempunyai tanggungjawab dan moral yang baik. Jangan la perkara tersebut ditokok-tambah sesedap hati sahaja sesungguhnya  tindakan mengadakan, menokok tambah akan memberi implikasi negatif kepada pihak lain.....fikir-fikirkan la...


Diharap pihak Kementerian Pertahanan akan melakukan siasatan dan tidak melindungi mana-mana individu yang terbukti bersalah serta mendedahkan perkara yang sebenar kepada umum supaya tidak berlaku kekeliruan di benak pemikiran masyarakat......