SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI

Wednesday, August 8, 2012

Markas Baru Tentera Korea Selatan Tercanggih di Dunia

S Korean army chiefs in new HQ

SEOUL: Ibu Pejabat baru Angkatan Tentera Korea Selatan dilengkapi dengan pelbagai peranti pelindung canggih yang dapat melindunginya daripada serangan siber dan juga elektromagnetik.
Pada Rabu, para panglima tertinggi tentera Korea Selatan secara rasminya berpindah ke bangunan baru setinggi 10 tingkat itu.
Ia antara lain dilengkapi dengan pelindung serangan gelombang elektromagnetik, anti-radiasi daripada ledakan bom nuklear dan juga kalis gempa bumi sehingga ke magnitut 8.38 skala richter.
Serangan gelombang elektromagnetik boleh melumpuhkan sistem perisian komputer dan sistem persenjataan.
Bangunan yang dilengkapkan dengan empat tingkat bawah tanah itu dibina bersebelahan dengan Kementerian Pertahanan di tengah-tengah bandar ini dan menelan perbelanjaan sehingga 187.5 bilion won (AS$166.5 juta).
Walaupun Korea Selatan mempunyai angkatan tentera yang indipenden tetapi dalam suasana perang, mereka akan berada di bawah arahan tentera Amerika Syarikat yang berjumlah 28,500 pada masa ini di negara itu.
Ini berikutan perjanjian yang ditandatangani di antara kedua-dua buah negara ekoran Perang Korea 1950-53.
Perjanjian itu hanya akan tamat pada tahun 2015.
Walaupun Perang Korea tamat pada tahun 1953 tetapi kedua-dua buah negara tidak menandatangani sebarang perjanjian genjatan senjata yang secara teknikalnya meletakkan mereka di dalam mode perang sepanjang masa.
mStar

No comments:

Post a Comment