SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI

Thursday, August 2, 2012

SUMBANGAN AIDILFITRI KEPADA ATM


SYABAS dan terima kasih kepada syarikat-syarikat kongolomerat yang sentiasa menyokong Angkatan Tentera Malaysia. Syarikat-syarikat berkenaan telah menyumbang ribuan ringgit kepada Tabung Angkatan Tentera Malaysia sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Majlis penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 2012 kepada Angkatan Tentera Malaysia telah berlangsung dengan amat meriah di dewan Auditorium KEMENTAH, Wisma Pertahanan jam 10 pagi tadi. (2 Ogos 2012). Majlis berkenaan telah dihadiri oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, YDP BAKTI iaitu Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Manor, Panglima-Panglima Perkhidmatan, warga tentera dan awam KEMENTAH.

Untuk makluman pembaca, majlis rasmi yang diadakan oleh para penderma itu merupakan acara wajib yang dianjurkan pada bulan Ramadhan setiap tahun. Sumbangan tersebut akan diagih-agihkan kepada para pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia yang sedang menjalani operasi di dalam dan di luar negara termasuk yang sedang menyertai misi PBB dan yang bertugas semasa hari raya kelak.

Antara penyumbang terbesar sumbangan berkenaan ialah BAKTI, NADI, LTAT, BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD, Affin Bank Berhad, WESTSTAR MAXUS, SAPURA, MISC BERHAD, ZETRO SERVICES PAKAIAN SALING ERTI dan banyak lagi. Menurut senarai sumbangan penyumbang yang saya perolehi, sejumlah 45 buah syarikat telah menyumbang dalam bentuk bantuan kewangan yang hamper mencecah jumlah sebanyak RM1.56 juta! Itu belum mengambil kira sejumlah 14 buah syarikat yang telah menyumbang makanan dan barangan keperluan untuk hari raya kelak.

Bayaran zakat sejumlah RM 1 juta oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan RM500,000 oleh pihak Affin Bank Berhad turut diserahkan dalam majlis berkenaan.

Kepada pegawai dan anggota yang akan berkhidmat semasa Aidilfitri samada di dalam mahupun di luar negara, kami mendoakan kesejahteraan kalian dan semoga Allah S.W.T membalas segala pengorbanan yang dilakukan. Pengorbanan anda tidak pernah kami lupakan. 
  ....askarsetia....tq

No comments:

Post a Comment