SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI

Tuesday, August 7, 2012

1MALAYSIA PRIVILEGE CARD - ANTARA JANJI YANG DITEPATI!


Sebagai menghargai sumbangan jasa serta bakti anggota polis dan tentera, inisiatif terbaru bagi meringankan beban mereka dengan melancarkan 1Malaysia Privilege Card khusus untuk 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu. Inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 23 syarikat yang mengambil bahagian. Lebih menggembirakan, dikhabarkan bahawa lebih banyak syarikat yang akan menyertai inisiatif berkenaan.

Jom semak syarikat-srarikat berkenaan.


Namun ironinya, masih terdapat beberapa golongan dan pertubuhan haram yang sering mendakwa itu dan ini yang kononya kebajikan anggota tentera tidak diberi perhatian yang sewajarnya, pihak berwajib terus berusaha untuk mewujudkan pelbagai inisiatif yang bertujuan memberi manfaat kepada warga  Angkatan Tentera Malaysia. 

Puak-puak dari 'persatuan haram BAT- BAT' dilihat sibuk mengkoordinasi pelan dan rancangan penyebaran propaganda melalui cyber trooper masing-masing dan membawa berita palsu kononnya pihak kerajaan mengabaikan kebajikan anggota tentera dan bekas-bekas tentera dan melabelkan golongan tersebut sebagai kumpulan 'Wira Yang Tidak Didendang". Lebih mencuit hati apabila ada wakil dari parti A yang menjadi Tuan Penasihat kepada salah satu pertubuhan haram yang kononnya untuk bekas tentera kini sibuk melaungkan-laungkan soal kebajikan, hak-hak, dan bermacam jenis janji dan kritikan, namun... ia sekadar membasahi bibir dengan air liur sahaja. Percaya atau tidak, pasti akan ada blogger bekas tentera yang 'baru sehari-dua' menjadi orang awam akan berkata seperti ini...

"Ini semua adalah hasil desakan kami. JIKA kami tidak lantang bersuara, kerajaan pasti sudah melupakan jasa anggota tentera..Jadi sokonglah parti kami"...

Tak malu ka bang?

Ahh..kita lupakan saja janji-janji manis mereka yang... Kita berbalik pada 1Malaysia Privilege Card yang merupakan lanjutan kepada strategi National Blue Ocean (NBOS 6) yang berkisar kepada kerjasama unik antara pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang diperkenalkan Malaysia, khusus untuk manfaat  anggota tentera dan polis malahan menjana ekonomi rakyat dan negara dengan 'kuasa beli' yang diperolehi. 


Layari laman web 1Malaysia Privilege Card DISINI


Laman Facebook 1Malaysia Privilege Card. Klik SINI

Inisiatif menerusi strategi NBOS 6 itu menyaksikan kerjasama antara tiga kementerian iaitu Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan yang membolehkan pemegang kad tersebut menikmati diskaun dalam pelbagai perbelanjaan. Ia meliputi barangan keperluan harian, alat sukan, alat ganti kenderaan, perhotelan dan barangan kesihatan yang mana senarai lebih 20 syarikat mengambil bahagian serta tawaran-tawaran mereka boleh disemak di portal yang disediakan. 

Penyerahan 1Malaysia Privilege Card akan dilaksanakan dalam 3 fasa yang bermula dengan anggota Angkatan Tentera Malaysia, PDRM diikuti dengan pesara-pesara kedua-dua perkhidmatan dan lain-lain perkhidmatan yang dikenalpasti. Sehingga hari ini, sejumlah 130,000 buah kad telah diserahkan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia dan 111,000 kepada anggota PDRM.

.....Askar Setia....





No comments:

Post a Comment