Kita dihangatkan dengan isu seorang
anggota tentera yang baru bertugas seminggu dibelasah sehingga koma dan terpaksa
dikejarkan ke hospital dan mengalami beberapa kecerderaan. Bukan kecerderaan
anggota tersebut yang menjadi isunya tetapi perkara-perkara lain yang
berbangkit terutamanya persoalan laporan-laporan yang dibuat oleh bloger di
alam maya mempunyai versi yang berbeza terutamanya melibatkan sipelaku dan
individu terlibat dalam kes tersebut. jika dilihat versi pertama seperti
berikut.......
Menceritakan kejadian itu, Ahmad
mendakwa bertugas di pondok pengawal pada jam 1 tengah hari, Sabtu lalu sebelum
sebuah kereta dinaiki seorang lelaki berpakaian biasa memasuki kem.
“Dia memberhentikan kereta dan menghampiri saya. Dia mendakwa seorang pegawai dan memarahi saya kerana tidak memberi tabik hormat.
“Dia memberhentikan kereta dan menghampiri saya. Dia mendakwa seorang pegawai dan memarahi saya kerana tidak memberi tabik hormat.
“Dia menendang perut dan membelasah saya bertubi-tubi. Selepas itu, pada jam 2 petang, saya dipanggil ke kem dan dibelasah pula dua pegawai lain menyebabkan saya sakit perut dan pening,” katanya.
Versi Kedua........
Ahmad Abu, 21, mengawal Pos Kawalan
Unit Semboyan, Kementerian Pertahanan apabila dia dikatakan tidak memberi tabik
hormat kepada pegawai berpangkat Mejar Jeneral yang memasuki kawasan
kementerian menggunakan kenderaan sendiri.
Bapa mangsa, Abu Koming, 53, berkata
anaknya itu baru bertugas di pos kawalan berkenaan dan tidak mungkin mengenali
semua pegawai di kementerian selain pegawai terbabit tidak menggunakan
kenderaan tentera.
Katanya, berikutan itu, Ahmad
dipanggil tiga pegawai penyelianya, masing-masing berpangkat Sarjan, Staf
Sarjan dan Koperal untuk memberi penjelasan.
“Tidak berpuas hati dengan penjelasan
diberikan, mereka membelasah anak saya hingga cedera di kepala dan beberapa
bahagian badan sebelum dikejarkan ke hospital apabila tidak sedarkan diri,”
katanya.
Oleh yang demikian, terbukti ada unsur-unsur mereka-reka
cerita oleh golongan blogers yang tidak bertanggungjawab. Golongan tersebut
hanya ingin mengsensasikan isu sahaja tanpa mempunyai tanggungjawab dan moral
yang baik. Jangan la perkara tersebut ditokok-tambah sesedap hati sahaja
sesungguhnya tindakan mengadakan,
menokok tambah akan memberi implikasi negatif kepada pihak
lain.....fikir-fikirkan la...
Diharap pihak Kementerian Pertahanan akan melakukan siasatan dan tidak melindungi mana-mana individu yang terbukti bersalah serta mendedahkan perkara yang sebenar kepada umum supaya tidak berlaku kekeliruan di benak pemikiran masyarakat......
Diharap pihak Kementerian Pertahanan akan melakukan siasatan dan tidak melindungi mana-mana individu yang terbukti bersalah serta mendedahkan perkara yang sebenar kepada umum supaya tidak berlaku kekeliruan di benak pemikiran masyarakat......
Selaku Bakal Veteran Tentera,Saya amat geram dengan perkara ini,Pada hemat saya Signalman Ali sepatutnya mencabar dengan melakukan penahanan terhadap kereta awam yang memasukki kem dengan cara prosedur mencabar"Dan berinteraksi dengan pegawai tersebut,Dan sepatutnya pegawai yg masuk ke dalam kem itu sepatutnya memberhentikan kereta di main enterance dan memperkenalkan dirinya supaya dia boleh diberikan tabik hormat bila anggota itu bertugas lagi...jika PANGLIMA YANG MELINTASI PASTI DIKENALI KERANA GAMBAR PANGLIMA MESTI BERADA DI BALAI PENGAWAL MANA MANA KEM TENTERA...SAYA RASA YANGMEMUKUL SIGNALMAN AHMAT TU IALAH GOLONGAN MAT TERONGKOL YG BARU COMMISION DAN MENUNJUK LAGAK TAK BERTEMPAT.,..
ReplyDeletesetuju..
Deleteperkara tersebut telah ditokok tambah, so semua artikel yang disiarkan oleh blogers tidak boleh dipercayai..saya percaya kementerian pertahanan akan melakukan siasatan yang terpeinci dan mendedahkan perkara yang sebenar serta menghukum siapa saja yang terlibat dan di dapati bersalah.
ReplyDelete