SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI

Sunday, August 28, 2011

APC Panzer Bakal Perkuatkan Aset ATM



KENDERAAN pengangkut tempur pelbagai guna (APC) Panzer buatan Indonesia mungkin dianggap nama baru dalam industri pertahanan negara, apatah lagi jika dibandingkan dengan RPZ Condor atau SIBMAS yang mempunyai rekod lebih 30 tahun perkhidmatan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Namun, minat disuarakan Malaysia untuk mendapatkan khidmat APC daripada Perusahaan Industri Angkatan Darat PT (PINDAD) Indonesia, membuka satu lembaran baru kepada industri pertahanan negara, terutama selepas menyaksikan rekod peranan Panzer dalam perkhidmatan infantri Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Difahamkan, Malaysia dalam proses memuktamadkan rundingan untuk mendapatkan 32 unit APC 6x6 Panzer daripada PINDAD dan hal ini diakui sendiri Pengarah PINDAD, Adik A Soedarsono berdasarkan tempahan pembelian kenderaan APC terbabit yang dilakukan Malaysia dua tahun lalu.

"Setakat ini, kira-kira 30 unit APC 6x6 Panzer sudah siap dipasang dan berdasarkan tempahan, Panzer terbabit dijangka digunakan tentera pengaman Malaysia untuk melaksanakan pelbagai tugasan terutama ketika menyertai misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya ketika menerima lawatan rombongan Malaysia diketuai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, di Batu Jajar, Bandung.

Panzer 6x6 adalah APC buatan PINDAD yang digunakan khusus untuk mengangkut infantri di lapangan perang dengan kapasiti muatan 10 penumpang, termasuk tiga krew serta masing-masing satu pemandu, komander dan pengendali senjata.

Sejarah pembangunan Panzer bermula pada 2003 berikutan keperluan mendesak terhadap khidmat APC oleh TNI ketika menjalankan misi di sekitar daerah Acheh, yang kemudian mencetus pembikinan kenderaan Angkut Personel Ringan 4x4 atau lebih dikenali APR-1V.

Susulan khidmat cemerlang APR-1V, PINDAD kemudian membangunkan beberapa siri kenderaan pengangkut mengikut keperluan teknikal termasuk beberapa siri Angkut Personel Sedang (APS) 6x6 termasuk APS-3 dikenali Anoa, sebelum disusuli Panzer APC.

Berdasarkan maklumat, selain PINDAD di Indonesia, Malaysia dilapor meninjau APC keluaran dua lagi syarikat iaitu Dosaan di Korea Selatan dan Renault di Perancis.

Bagaimanapun, dua daripadanya kini disenarai pendek mengikut keperluan operasi APC 6x6 ATM iaitu PINDAD dan Renault.

Panzer 6X6 keluaran PINDAD dibina khusus menggunakan sistem penggerak roda simetri dengan dilengkapi senjata 12.7mm dengan putaran 360 darjah, bersesuaian dengan kehendak serta keperluan operasi TNI.

Menariknya, dengan harganya jauh lebih murah berbanding APC buatan Renault, keupayaannya bukan saja langsung tidak terjejas, malah tetap mampu memainkan peranan dalam situasi tempur sama seperti fungsi dimainkan RPZ Condor yang bertindak sebagai perisai infantri ATM dalam segenap misi yang dilalui.

Antara kelebihan dimiliki APC Panzer terutama Anoa V2 6x6 ialah bahagian atas lubang utamanya sengaja direka berbentuk lebih bulat dan cembung sebagai fungsi pertahanan, terutama mampu memantulkan peluru bila tertembak.

Malah, aspek navigasinya juga dilengkapi sistem persenjataan kawalan jauh yang memungkinkan pengoperasian senjata menggunakan 'joystick'. Ini jauh lebih memudahkan berbanding secara manual sebelum ini.

Kebiasaannya, Panzer keluaran PINDAD menggunakan sistem senjata 'Smoke Shield' dengan kaliber 66 milimeter (mm) dan 'Armanents' 7.62 mm serta 12.7 mm.

Spesifikasi: PT PINDAD Panzer

Setakat ini, kira-kira 30 unit APC 6x6 Panzer sudah siap dipasang dan berdasarkan tempahan, Panzer terbabit dijangka digunakan tentera pengaman Malaysia untuk melaksanakan pelbagai tugasan terutama ketika menyertai misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Adik A Soedarsono, Pengarah PINDAD

Berat - 11 tan (kosong), 14 tan (kombat)

Panjang - 6 meter

Lebar - 2.5 meter

Tinggi - 2.5 meter

Penumpang - 3 + 10 penumpang

Kelajuan - 90km/jam

(Berita Harian)

Friday, August 26, 2011

MRCA Programme, Its Official…

PETALING JAYA: BAE Systems on Tuesday hold a presentation for the media on the Eurofighter Typhoon. As expected not much was revealed about the exact specifications of the proposed RMAF Typhoon but according to its Typhoon director Malaysia Ian Malin, the aircraft for RMAF will have the same specifications as for RAF planes.

The Typhoon for RMAF will be primarily single seaters as the developers insisted that it had been designed from the scratch to be a world beater.

The Eurofighter consortium, according to Ian will continue to develop the Typhoon to ensure its relevance well into the future. Ian is the Head of Export for Typhoon for BAE Systems operating out of Warton in the UK but he will be here for 3 weeks every month to manage the programme for Malaysia.

More on this later, as more information become available. BTW, the Rafales will be definitely be here for LIMA although BAE Systems has yet to confirm the same for Typhoon. They are working hard on it so I guess you will be able to see them in action over Langkawi this December.

Now we will wait for the response from then folks from Seattle and St Louis.

http://www.malaysiandefence.com/?p=1715

Wednesday, August 24, 2011

Eurofighter : Faster Conversion for Pilots with Typhoon's Advanced Avionics



KUALA LUMPUR: The advanced and user-friendly avionics and equipment installed in fifth-generation combat aircraft allow fighter pilots to easily adapt to conversion training.

BAE Systems aircrew adviser Craig Penrice, a fighter pilot with Britain's Royal Air Force who later became Eurofighter Typhoon's test pilot, attests to this fact.

"So much technology has been put in during research and development for new-generation combat jets today that the pilot's workload can be reduced significantly, allowing him to concentrate on missions and operations.

"What this means is that young fighter pilots need not clock in hundreds or even a thousand flying hours on advanced jet trainers or other jet fighters before moving on to conversion training to fly these fifth-generation combat aircraft.

Read more: Faster conversion for pilots with Typhoon's advanced avionics http://www.nst.com.my/nst/articles/adcraig1/Article

Tuesday, August 23, 2011

Eurofighter Typhoon : BAE Systems Dapatkan Maklum Balas Tentang Program Penggantian MIG-29N







KUALA LUMPUR --- BAE Systems, which is eyeing Malaysia's MiG-29N replacement programme, is currently seeking responses and gathering information from local companies as well as government agencies on the requirements of the programme and the industry.

Its director, Typhoon Malaysia, Military Air & Information, Ian Malin, said for the past months, the UK-based defence and aerospace company has been engaging with government agencies like Malaysian Investment Development Authority and Malaysia Industry-Government Group for High Technology as well as 20 local companies in various sectors.

"We have been talking with the industry players as well as government agencies to get their feedback and to know specifically what Malaysia wants. We will continue to do so for the next couple of months," he told a media briefing here today.

Among industry options the company could offer included research and development, training, manufacturing, systems integration as well as in maintenance, repair and overhaul, Malin said.

In March, BAE Systems submitted a rough order of magnitude prices of the multi-role combat aircraft Eurofighter Typhoon to replace the 18 MiG-2N aircraft.

BAE Systems will likely be up against three other competitors, including Boeing, French's Rafale and Sweden's Gripen, for the replacement programme. Eurofighter Typhoon is manufactured by BAE Systems and three European partner nations -- Germany, Italy and Spain.

On other note, the company has moved its regional head office to Kuala Lumpur from Singapore, which will help strengthen relationships with existing customers and industrial partners in the region, as well as developing new business opportunities in emerging markets such as Vietnam.

The move underpinned BAE Systems' long-term commitment to Malaysia, in which it has had a presence for over 20 years.

It would allow the company to focus on growing Asian markets, where many governments have an interest in achieving industrial growth through collaborations, technology transfer and inward investment.

BAE Systems, which is a familiar face at the bi-annual Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (LIMA), will participate in this year's LIMA from Dec 6-10, 2011.

(Bernama)

Monday, August 22, 2011

RAF strips jets for spare parts: Typhoons torn up for Libya air fleet


http://www.dailymail.co.uk/news/article-2003979/RAF-strips-jets-spare-parts-Typhoons-torn-Libya-air-fleet.html

The RAF is tearing apart state-of-the-art fighter jets for spare parts to keep warplanes flying over Libya.

Three Typhoons, costing £125million each, are being cannibalised at RAF Coningsby in Lincolnshire to cover a desperate shortage of parts.

Eight Typhoons are taking part in bombing raids and enforcing the no-fly zone over Libya. The jets also patrol the Falkland Islands and provide the Quick Reaction Alert force protecting UK airspace.

But to save money, air chiefs did not order enough spare parts for the warplanes when they came into service two years ago.

This means three jets had to be grounded in March so RAF technicians could raid them to keep the maximum number of Typhoons in the air.



Sunday, August 21, 2011

Jangan Cuba Mengheret ATM ke Kancah Politik


http://kobatpr.blogspot.com/2011/08/panglima-atm-tidak-harus-biarkan-warga.html link artikel kobatpr

ATM adalah apolitical department. jangan cuba semarakkan api dan cuba kelirukan warga ATM dan pesara mengenai perkara tersebut. petikan dari kobat

"Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos. Abdul Aziz berkata, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah "memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga"

klau mereka2 yang tahu dan memahami konsep kesetiaan secara akademik mengkritik kenyataan PAT tempohari, cuba tanya diri sendiri setakat mana kesetiaan diri sendiri kepada negara dan Yang Dipertuan Agong, ape sumbangan kalian kepada negara dan YDPA. cuba anda jelaskan, klau setakat hanya tahu mengkritik perlaksaan kosong tak payah jadi ahli akademik pun tak ape. semua perkara setakat bercakap dan tahu komplin tak kan kemana.

satu lagi kenyataan yang cuba mencampuri urusan ATM dari KOBARPR,

"Sekiranya jawatan Panglima ATM ini sama seperti Wakil Rakyat yang dipilih melalui undian, saya yakin warga tentera tidak akan memilih Panglima yang ada sekarang ini untuk menjadi ketua mereka kerana ternyata beliau tidak bersemangat `Panglima' yang sebenarnya. Imej ATM yang sebelum ini dihormati rakyat, kini tercalar apabila Panglima ATM cuba untuk mengheret ATM berpolitik seperti yang dilakukan oleh PDRM. Ianya amat memalukan warga tentera".

janganla cuba menangguk di air yang keruh la. kepimpinan ATM dipilih mengikut prosedur dan syarat2 tertentu. sebab tu la penulis KOBAT tak leh jadi panglima berhenti setakat sekarangnya kerana tak layak la tu. sesungguhnya jangan melampau mengkritik ATM. kepimpinan ATM adalah berkredibel dan berkelayakan jangan jadikan ulasan sesetengah orang sebagai guide untuk mengkritik. tanya diri sendiri dahulu setakat baru jadi penulis blog dah rasa diri tu mcm raja dah..udah2 la tu.

Saturday, August 20, 2011

Undi Pos: Dakwaan Bekas Tentera Tidak Berasas!

rujuk (http://askarsetia.blogspot.com/)


EMPAT anggota bekas tentera dalam Sidang Akhbar PAS pada 17 Ogos yang lalu telah mendakwa terlibat dalam manipulasi undi pos oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ekoran dakwaan ini beberapa orang bekas tentera telah terpanggil dengan menghubungi pihak media untuk menjelaskan proses pengundian yang dilaksanakan oleh ATM.


Menurut PW I (B) Hj Hashim Hassan, YDP Kelab Veteran Komando Selangor yang telah berkhidmat selama 21 tahun dengan ATM menegaskan bahawa beliau secara peribadi telah melalui tidak kurang daripada 4 kali proses pengundian dan ianya dikendalikan oleh ATM secara telus dan profesional. Beliau juga mengakui bahawa ATM sentiasa menghomati hak dan kebebasan mengundi manakala semua lapisan pemimpin ATM tidak pernah mempengaruhi beliau untuk membuat pilihan sokongan. Hj Hashim turut mencabar Mej (KM) Risman Mastor (Bersara), Kpl Mohd Kamel Omar TUDM, Mohamad Nasir Ahmad dan Kamarulzaman Ibrahim tampil dengan bukti bagi mengesahkan dakwaan mereka.



Mej Salihin Suradi (Bersara), bekas Komando yang telah berkhidmat selama 25 tahun dalam ATM pula melabelkan 4 anggota bekas tentera (mendakwa memanipulasi proses pengundian tentera ) sebagai insan yang tidak tahu bersyukur dan mengenang budi. Beliau menyifatkan mereka membuat dakwaan tersebut berasaskan kepada kepentingan peribadi dan politik serta tidak terkecuali kemungkinan besar diberi imbuhan oleh PAS untuk bertindak sedemikian. Beliau turut menyokong penuh kenyataan Panglima Angkatan Tentera (PAT) bahawa ATM tidak manipulasi proses pengundian tentera. Beliau menambah, ATM sememangnya organisasi yang profesional dan apolitical serta sentiasa mengutamakan keselamatan dan kedaulatan negara mengatasi kepentingan peribadi. Justeru, beliau menegaskan bahawa kredibiliti dakwaan 4 anggota bekas tentera diragukan dan amat mengelirukan.



Manakala Lt Kol Datuk Martin Kam (Bersara), bekas pegawai Rejimen Semboyan DiRaja pula menyeru agar pihak-pihak berkepentingan tidak mencampuri urusan proses pengundian yang diamalkan oleh ATM. Menurut beliau, ATM sentiasa mengamalkan proses pengundian yang telus sepertimana termaktub dalam Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 Seksyen 16. Justeru, dakwaan 4 anggota bekas tentera adalah palsu dan berunsur fitnah serta mempunyai motif untuk menjejaskan imej dan kredibiliti ATM. Beliau turut merasa kecewa dengan

pihak tertentu yang sengaja ingin mencemarkan imej ATM melalui pelbagai usaha untuk meracuni pemikiran rakyat. Beliau juga menyeru kepada semua lapisan bekas tentera agar menghomati lafaz Sumpah dan Ikrar Ketaatsetiaan mereka agar tidak menjadi penderhaka dan pengkhianat negara.



Mejar Ahmad Tajudin Abdullah (Bersara) turut mengesahkan bahawa di sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan ATM, tidak pernah wujud arahan daripada pihak atasan untuk memangkah mana-mana calon parti yang bertanding. Ini disebabkan ATM sentiasa menghormati hak dan kebebasan mengundi warga tentera. Tambah beliau lagi, ATM tidak terpengaruh dengan mana-mana parti politik kerana ianya merupakan sebuah organisasi yang profesional dan berpendirian apolitical.ATM lebih mengutamakan keselamatan dan kedaulatan negara daripada berpolitik.

Koperal (B) Ridwan Darus yang telah berkhidmat dengan ATM selama 21 tahun dalam Kor Jurutera DiRaja yang kini menetap di Changloon, Kedah pula membidas sekerasnya terhadap 4 orang bekas tentera yang sanggup bersekongkol dengan PAS demi kepentingan peribadi dan bermotif politik. Beliau juga merasa malu dan kecewa di atas tindakan mereka itu serta melabelkan mereka sebagai “kacang lupakan kulit”. Di sepanjang perkhidmatannya, beliau mendapati ATM melaksanakan proses pengundian secara profesional, telus dan bersih manakala tidak wujud sebarang pengaruh atau arahan pihak atasan tentera dalam proses pembuangan undi. Katanya lagi, mana mungkin berlakunya manipulasi undi kerana proses pengundian disaksikan dan dihadiri oleh wakil calon yang bertanding dari mula hingga akhir proses pengundian berkaitan. Beliau turut menyokong penuh dengan kenyataan PAT bahawa proses pengundian ATM dilaksanakan dengan sempurna selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958.

Seorang lagi bekas tentera Sarjan (B) Haron Bakar yang telah berkhidmat dengan ATM dalam Kor Infanteri selama 21 tahun turut menghubungi pihak kami dengan mencabar 4 orang bekas tentera yang dipengaruhi pihak PAS untuk membawa bahan bukti bagi mengesahkan kebenaran dakwaan mereka. Beliau merasa amat kesal kerana bekas tentera tersebut sanggup diperalatkan oleh PAS demi kepentingan peribadi. Beliau menegaskan bahawa jika benar ATM memanipulasi proses pengundian, mana mungkin pihak pembangkang memenangi beberapa kerusi Parlimen dan DUN yang terdapat ribuan undi tentera yang menyokong mereka. Sarjan Haron juga menyokong kenyataan yang dibuat oleh PAT semasa Sidang Akhbar pada 18 Ogos 2011.


Friday, August 19, 2011

Panglima Angkatan Tentera : Isu 4 Ex-Tentera


JANGAN PUTAR BELITKAN KENYATAAN PAT

Sidang media 18 ogos 2011, PAT jelas cuba menerangkan kepada umum berkenaan isu 4 ex tentera yang mendedahkan penglibatan mereka dalam memangkah pengudian pos tentera. namun kenyataan dan penjelasan tersebut telah dieksploitasi oleh golongan yang suka memecah belahkan ATM terutamanya parti politik yang berfikiran sempit. kalau dilihat dari sudut 4 orang yang mewakili lebih kurang 90000 pegawai dan anggota ATM adakah satu nisbah yang boleh mengambarkan keputusan secara kolektif. 0.000044 % tak menggambarkan ape2, sekiranya dikatakan ATM mengamalkan amalan tersebut sejak sekian lama, saya berpendapat mungkin pendedahan yang sama berkenaan pencabulan undi pos tentera akan lebih ramai sekurang2nya berpuluh-puluh atau beratus yang buat kenyataan berkenaan rasa tidak puas hati atau sebagainya. yang menjadi persoalan kenapa 4 org sahaja..cuba fikir2 kn. sepatutnya selepas 4 org buat pengakuan, akan ade follower yang mengiakannya yang menyokong dan pendedahan demi pendedahan akan berlaku,,ini hanya 4 tu je la...

sebenarnya keputusan undian pos tentera tidak menggambarkan ape2..jumlah undi pos secara kolektif tidak mampu merobah keputusan pilihanraya secara keseluruhannya kerana jumlah nya sedikit..so sekiranya ada parti politik menuduh mereka tidak dapat memenagi pilihanraya disebabkan undi pos tentera yang dimanipulasi adalah tuduhan yang kurang sioman,cuba fikir2kan. memangla, setiap undi adalah penting ibarat 1 undi akan menggegarkan dunia. namun peratusan yang kecil tidak akan mempegaruhi keputusan keseluruhannya.

klau dilihat, setiap kali pengundian pos dijalankan, wakil SPR dan parti2 ade sekali memerhatikan setiap proses pengundian berlangsung,,,so sekiranya pihak parti politik nampak atau curiga berkenaan pengundian, tempat simpanan, proses penghantaran dan sebagainya perlu memaklumkan terus kepada SPR. mungkin selepas ini perlu di letakkan wakil parti bertanding semasa proses penghantaran dan semasa peti undi disimpan tak kirala kat mana, dimana dan berapa lama disimpan sebelum proses pengiraan,,,so fikir-fikiran la....

diharap agar fitnah dan tomahan kepada pewira negara dihentikan bagi kepentingan bersama, tomahan dan dakyah negatif akan meruntuhkan moral wagra ATM sendiri,,kita nak tgok ke perpecahan dalam ATM, tentu tak kan so sama2 samala kita pelihara negara ini bagi mengekalkan keamanan dan kedaulatannya..sekira ada dakwaan perlu la dibuat ikut saluran yang betul, buat laporan dan disertakan bukti2 nya sekali sekian tq

Thursday, August 18, 2011

Russia Shows off Sukhoi T-50 Stealth Fighter


Russia has demonstrated its first stealth fighter, designed as a cheaper alternative to the US F-22 Raptor. The Sukhoi T-50, jointly developed with India, flew publicly for the first time at the MAKS 2011 air show near Moscow. The supersonic T-50 aims to match the latest US design, handling manoeuvres that are impossible to older aircraft. Russia plans to make up to 1,000 of the jets over coming decades, with India expected to buy up to 200. However, full production is not due before 2015.

Mikhail Pogosyan, president of the Russian state-run United Aircraft Corporation which is developing the craft, said: "The T-50 jet will provide the backbone not only of the Russian air force but also that of India." The Russian Air Force was expected to buy up to 200 of the craft, which is intended to replace the SU-27 fighter, he said. India, Russia's biggest arms client, agreed to develop the project in tandem with Moscow during a December 2010 visit to New Delhi by President Dmitry Medvedev.



Technical problems
Originally scheduled for 2007, the T-50's maiden flight was repeatedly postponed because of technical problems. It was eventually tested in secret for the first time in January last year.

Sukhoi says the T-50s features will include all-weather capability, ability to use a take-off strip of just 300 to 400 metres (yards), capacity for sustained supersonic flight through repeated in-flight refuelling, and ability to attack air and ground targets simultaneously. However, some analysts have previously denied the jet represents a great leap forward. Russia's state media reported last year that up to $10bn (£6bn) was being poured into the jet's development but that the fighter would cost no more than $100 million, the AFP news agency said. The US Raptor - whose prototype was revealed more than 20 years ago - sells at $140 million per plane, it added.

http://www.bbc.co.uk/news/world-europe-14564311

Tuesday, August 16, 2011

SKIM GAJI BARU ATM DALAM PERHATIAN PIHAK KERAJAAN


Kementerian Pertahanan sedang meneliti skim gaji baru anggota tentera untuk semua peringkat sesuai dengan transformasi yang sedang dilaksanakan kepada bidang ketenteraan secara menyeluruh. Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata skim baru itu dirangka sebagai pengiktirafan kepada bidang ketenteraan yang sekurang-kurangnya diharapkan dapat menyamai skim gaji penjawat awam di lain-lain kementerian. Menurutnya, satu draf mengenai skim itu akan dikemukakan kepada kerajaan tahun ini yang ia turut tidak mengecualikan pegawai peringkat bawahan. laporan penuh KLIK

Skim gaji baru yang dicadangkan itu bakal menguntungkan anggota tentera dari segi jangka panjang termasuk soal gaji pokok minimum, gaji maksimum, kenaikan gaji tahunan, penambahan tangga gaji dan kenaikan imbuhan tetap khidmat tentera bagi setiap peringkat, termasuk prebet hingga koperal. Ketika ini, gaji minimum yang diterima prebet hingga Pegawai Waran I (PWI) antara RM880 hingga RM2,303 sebulan masih rendah berbanding penjawat awam lain, termasuk yang diterima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Justeru, dengan kenaikan kos sara hidup semasa adalah perlu skim gaji baru itu diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan. Ini berdasarkan perbelanjaan isi rumah yang perlu ditanggung anggota tentera terbabit. Kita percaya anggota tentera dan keluarga masing-masing juga mahu hidup selesa, apatah lagi yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, yang mana kos sara hidupnya begitu tinggi.

Setiap anggota tentera perlu sentiasa siap siaga bagi memastikan negara dapat menangkis sebarang ancaman musuh secara tiba-tiba, sama ada dari luar mahu pun dalam negara. Khidmat mereka juga boleh dimanfaatkan pada bila-bila masa sekiranya negara dilanda bencana. laporan penuh KLIK

Pihak tertinggi ATM dan kerajaan menyedari kepayahan warga tentera dalam mengekang masalah kewangan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, namun warga tentera perlu bersabar mungkin sedikit masa lagi akan perolehi durian runtuh, sapa tahu rezeki Tuhan yang tentukan,,,klau ade insyaAllah. semoga warga tentera terus berjuang dan mempertahankan tanah air dari sebarang ancaman...sesungguhnya pekerjaan mu adalah pekerjaan yang sungguh mulia...setiap saat dan waktu dikira ibadah....kami warga malaysia mendoakan semoga kalian berada dalam limpah rahmat Ilahi,,,,InsyaAllah.

Monday, August 15, 2011

Eurofighter Typhoon


The Eurofighter

The EFA was focused on air superiority, but could perform ground attack as a secondary mission. It was to have high performance, be highly maneuverable, and have docile handling characteristics. It was also to have a low radar cross section (RCS) and be capable of operating from short forward airstrips. A formal development contract was awarded to the "EuroFighter" consortium on 23 November 1988, specifying delivery of eight prototypes.

The principal manufacturers in the consortium were, in order of workshare: BAE Systems of the UK (33%); MBB (later DASA) of Germany (33%), Aeritalia (later Alenia) of Italy (21%); and CASA of Spain (13%). DASA and CASA are now part of the EADS aerospace group.


The "EJ.200" engine for the new fighter was to be developed by the parallel "EuroJet" group, which includes Rolls-Royce, MTU, Fiat Avio, and SENER (now ITP) of Spain. The EJ.200 is an evolution of the RB.199, derived from the Rolls-Royce "XG40" demonstrator engine built in the early days of the EuroFighter program. The EJ.200 was to provide better performance and 30% fewer parts than the RB.199.

The insistence of the British and Spanish on a multirole capability was important to the machine's survival. The fall of the Soviet Union greatly changed the nature of the challenge faced by European nations from a hostile Communist monolith to the East, to unpredictable brushfire conflicts that could spring up almost anywhere. A multirole EuroFighter fit the new challenges well.

The formal decision to go ahead with production was made in 1997, with production contracts awarded in 1998. In September 1998, the EuroFighter organization announced the aircraft's name of "Typhoon". This name was assigned for export aircraft, and the organization stressed that member nations would be free to name it what they liked. However, Typhoon was a good choice for a name, since it was assigned to historically important British and German aircraft, and the word itself is derived from Japanese and so reflects no linguistic bias among the EuroFighter group member nations.

Since the aircraft was still not in production, much less operational service, by the year 2000, the various factions involved in the effort gradually began to refer to the aircraft as simply the "EuroFighter" and not the "EuroFighter EF2000". Despite all the problems and delays -- which were not unique to the EuroFighter among the fourth-generation fighter efforts, and to an extent were inevitable in a multinational collaboration -- the result appears to be no disappointment.


The airframe is built of about 50% composite materials by weight and about 70% by surface area, with substantial use of titanium and lithium-aluminum alloys elsewhere. Metals only make up 15% of the materials used in the Eurofighter. Although comparable in dimensions to the Tornado, the EuroFighter has an empty weight only about 70% as great, while being more capable in almost all regards. The advanced construction techniques also reduces the parts count of the airframe, with the EuroFighter having about 16,000 structural elements to 36,000 for the Tornado.

While the EuroFighter has a greater RCS than the US F-22 or F-35, radar-absorbent material is used in the inlets and around the cockpit, and the composite assemblies were designed with an eye towards reducing RCS.

In March 2006, the Eurofighter finally entered service in the RAF, with the first operational Typhoon squadron formed on March 31st.
http://air-attack.com/page/43/Eurofighter-Typhoon.html

Thursday, August 11, 2011

Keluarga Pesara TUDM Tidak Teraniaya atau Ditindas


(Rujuk paparan artikel blog KOBAT pada 12 Ogos 2011)

Amat jelas kredibiliti dan kebenaran artikel yang dipaparkan dalam blog KOBAT tidak berasas serta KOBAT ini bolehlah kita labelkan sebagai Tong Sampah Besar. KOBAT tak payahlah nak jadi “wira” (hero) kepada bekas tentera kerana Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) sentiasa prihatin serta lebih berkemampuan dalam membela nasib dan menjaga kebajikan bekas tentera berbanding KOBAT.
Ini cerita yang sebenarnya! 713943 FSjn Faizzal Jinong bin Abdullah (Bersara) dari Pangkalan TUDM Kuching. Beliau tidak hadir ke Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP) serta enggan memberi kerjasama kepada pasukannya bagi pengurusan dokumentasi akhir. Pihak Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) telah membuat pembayaran Faedah Gantian Cuti Rehat pesara sebanyak RM904.61 pada 8 Dis 2008. Pihak JHEV pula telah membayar Ganjaran Perkhidmatan RM57,251.19 kepada beliau pada 25 Mac 2008. Di samping itu, bayaran tunggakan pencen pesara sebanyak RM9,840.21 telah turut dibayar pada 21 Apr 2008 dan beliau sememangnya layak menerima pencen bulanan sebanyak RM1,473.65 (sebelum ditolak RM515.83 pinjaman perumahan kerajaan). Walau bagaimanapun, pembayaran wang dari Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tidak dapat dibuat kerana beliau masih tidak membuat Sijil Penyelesaian Hutang kepada Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) kerana beliau telah membuat pinjaman peribadi daripada Affin Bank sebanyak RM20,200.00 dengan menggunakan wang LTAT sebagai cagaran. Beliau juga tidak menjelaskan bil elektrik kuarters yang didudukinya yang tertunggak sebanyak RM1,670.00.Bernama
KOBAT memang tidak boleh dipercayai daripada pelbagai sudut termasuk ketepatan dan kebenaran fakta. KOBAT memang pandai jual ubat tapi yang nyata ubat yang dijualnya tidak menyembuhkan penyakit sebaliknya menjadi barah kepada masyarakat dengan memutarbelitkan isu. Ramai pengikut dan pembaca blog KOBAT ditipu bulat-bulat oleh pemiliknya.
Tak hairanlah dengan ketidakbenaran KOBAT kerana “Kata Orang Beliau Amat Tipu” (KOBAT). Janganlah kita biarkan diri kita terus diperdaya dan ditipu oleh KOBAT lagi.

Tak kan TUDM Kejam Macam tu Sekali......Mcm ala2 Negara Koboi je,,,,


KLIK diterbitkan oleh satu blog yang semakin terkenal kot...seperti di link diatas...mengikut cerita penulis emel tersebut nampak sangat la mcm malaysia ni tak ade undang-undang,,,,saya tak fikir air force sendiri boleh bertindak mcm tu...tak kan la sampai sanggup tengok dan buat kepada rakyat malaysia sendiri dengan perkara-perkara didakwa oleh penulis emel tu....hey malaysia ni pendatang asing pun kita layan macam rakyat kita sendiri tau.....berapa banyak kos yang kerajaan keluarkan untuk bagi makan dan tempat berteduh semua PTI yang ditahan setiap hari,....Fikir-fikirkan....namun mungkin ade permasalahan yang timbul melibat kan keluarga penulis emel dan pihak TUDM kot,,,namun saya rasa perkara seperti ini harus diperjelaskan oleh pihak berwajib dengan teliti dan tepat agak tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat umum(penjelasan pihak ATM melalui Bernama)...namun melalui emel tersebut, penulis mengetahui dengan jelas nama dan jawatan setiap individu yang terlibat termasuk pegawai polis sendiri..mungkin memang penulis mengenali atau merekod atau membuat reaseach ni...diharap ape pun permasalah berlaku harus diselesaikan dengan baik dan bawak berbincang,,,kita tunggu mesti empunya diri 'sapa termakan cili dia rasa pedas kan'membuat kenyataan balas...sebab ini isu berat,,,,dan setiap individu disebut nama penuh lagi...sama-sama kita nantikan.....sekian....