SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI

Tuesday, August 16, 2011

SKIM GAJI BARU ATM DALAM PERHATIAN PIHAK KERAJAAN


Kementerian Pertahanan sedang meneliti skim gaji baru anggota tentera untuk semua peringkat sesuai dengan transformasi yang sedang dilaksanakan kepada bidang ketenteraan secara menyeluruh. Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata skim baru itu dirangka sebagai pengiktirafan kepada bidang ketenteraan yang sekurang-kurangnya diharapkan dapat menyamai skim gaji penjawat awam di lain-lain kementerian. Menurutnya, satu draf mengenai skim itu akan dikemukakan kepada kerajaan tahun ini yang ia turut tidak mengecualikan pegawai peringkat bawahan. laporan penuh KLIK

Skim gaji baru yang dicadangkan itu bakal menguntungkan anggota tentera dari segi jangka panjang termasuk soal gaji pokok minimum, gaji maksimum, kenaikan gaji tahunan, penambahan tangga gaji dan kenaikan imbuhan tetap khidmat tentera bagi setiap peringkat, termasuk prebet hingga koperal. Ketika ini, gaji minimum yang diterima prebet hingga Pegawai Waran I (PWI) antara RM880 hingga RM2,303 sebulan masih rendah berbanding penjawat awam lain, termasuk yang diterima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Justeru, dengan kenaikan kos sara hidup semasa adalah perlu skim gaji baru itu diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan. Ini berdasarkan perbelanjaan isi rumah yang perlu ditanggung anggota tentera terbabit. Kita percaya anggota tentera dan keluarga masing-masing juga mahu hidup selesa, apatah lagi yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, yang mana kos sara hidupnya begitu tinggi.

Setiap anggota tentera perlu sentiasa siap siaga bagi memastikan negara dapat menangkis sebarang ancaman musuh secara tiba-tiba, sama ada dari luar mahu pun dalam negara. Khidmat mereka juga boleh dimanfaatkan pada bila-bila masa sekiranya negara dilanda bencana. laporan penuh KLIK

Pihak tertinggi ATM dan kerajaan menyedari kepayahan warga tentera dalam mengekang masalah kewangan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, namun warga tentera perlu bersabar mungkin sedikit masa lagi akan perolehi durian runtuh, sapa tahu rezeki Tuhan yang tentukan,,,klau ade insyaAllah. semoga warga tentera terus berjuang dan mempertahankan tanah air dari sebarang ancaman...sesungguhnya pekerjaan mu adalah pekerjaan yang sungguh mulia...setiap saat dan waktu dikira ibadah....kami warga malaysia mendoakan semoga kalian berada dalam limpah rahmat Ilahi,,,,InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment