SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI

Wednesday, July 3, 2013

ATM, PDRM Tambah Aset Pertahanan di Esszone: Kalau Berani Cerobohlah Sekali Lagi...Jangan DiKejutkan Harimau Sedang Tidur



 KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah aset pertahanan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang diletak di bawah pengawasan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata antara penambahan itu ialah menyediakan kenderaan pengangkut anggota berperisai (APC) untuk pasukan tentera darat dan PDRM.
“Kami akan turut menambah aset udara seperti helikopter dan perkara lain,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar selepas majlis syarahan bertajuk ‘Kerjasama Antara ATM dan PDRM Ketika Ops Daulat: Satu Usaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan’ anjuran Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (Midas) di sini hari ini.
Beliau berkata PDRM juga akan menyediakan aset bot bagi mengawal perairan cetek di sekitar Sabah dalam menangani masalah jenayah dan penyeludupan.
“Kita lihat menerusi pelaksanaan Esscom, tahap keselamatan di Sabah kini jauh lebih baik berbanding semasa pencerobohan pengganas di Lahad Datu,” katanya.
Zulkifeli berkata kerjasama antara ATM dan PDRM ketika Ops Daulat di Sabah adalah melalui pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang banyak mempertingkat hubungan kedua-dua agensi.
“Saya boleh katakan kini kita dapat saling memahami budaya kerja yang berbeza serta melaksanakan operasi bersama,” katanya.
Sementara itu, Khalid berkata pihaknya kini memberi tumpuan terhadap pembinaan lima balai polis baharu dan menambah baik tiga balai sedia ada di kawasan Esszone.
Beliau turut mengalu-alukan kehadiran orang awam ke Kampung Tanduo di Lahad Datu, yang merupakan lokasi utama serangan pengganas.
“Kini keadaan keselamatan jauh bertambah baik dan saya difahamkan jumlah pelancong yang datang juga telah bertambah,” katanya. – Bernama

Monday, July 1, 2013

Pakar Israel dan AS Konsepkan Perang Masa Depan Sedarlah Wahai Umat Islam....


Penganjur Persidangan dengan Tema Perang "Masa Depan" mengumpulkan lima ahli - dua Tentera Israel, seorang pakar nuklear dan dua profesor dari Amerika untuk berbincang peperangan masa depan.

“Apa yang mungkin terfikir  pada kita (Perang masa depan)  adalah seperti filem fiksyen,” Tegas Yair Cohen, mantan komandan Satuan 8200, Pusat Perisikan Tentera dan Unit Cyber ​​Angkatan Pertahanan Israel, yang membuka sesi.
“Kita hidup di dunia di mana 500 juta serangan cyber terjadi setiap saat, dengan banyak hal yang  strategis dan pandangan politik untuk dipertimbangkan.”
Jika peristiwa Perang Enam Hari pada tahun 1967 itu harus terjadi lagi pada hari ini, Cohen mendakwa perkara itu  akan menjadi lebih luar biasa daripada “sekadar” kehancuran seluruh angkatan udara Mesir dalam tiga jam oleh jet Israel.
“Kita boleh menganggap hari ini bahwa senjata cyber akan mengambil alih – dan peristiwa yang sama akan menjadi terkenal – tanpa melihat satu jet Israel pun dihantar pada misi dan tanpa ada risiko satu nyawapun dari tentera  Israel,” katanya.

Perkara paling penting memainkan peranan utama dalam mencipta dan mengelola Sistem Pertahanan Udara “Iron Dome”, menunjukkan film video pendek yang menggambarkan senjata automatik tanpa operator, seperti kendaraan Robotik yang melakukan rondaan di perbatasan Gaza, kapal robotik yang dilengkapi dengan sistem penglihatan malam yang mendekati kapal musuh di laut, dan ular robot merayap ke markas musuh dan mengirim informasi berupa gambar ke markas.


Sehubungan dengan masalah nuklear, Lewi tidak mengharapkan terjadi perang nuklear, tapi ini tidak bererti bahwa kekuatan nuklear akan dihentikan dalam waktu terdekat. Semua Negara akan menggunakan drone, tidak hanya AS dan Israel,” katanya, dan karana itu akan lebih bijaksana untuk segera membuat standard bersama bagaimana drone ini digunakan. (Haaretz/Dz/www.globalmuslim.web.id)

Sunday, June 23, 2013

BLACK 505: TENTERA TIDAK TERLIBAT

Usaha sesetengah pihak cuba mengaitkan pengajuran Black 505 dengan pihak Angkatan Tentera Malaysia tidak berhasil. Pelbagai usaha yang digembar-gemburkan kononnya cubaan untuk melibatkan pihak ATM dalam kancah politik sempit mereka tidak berhasil. Kononnya wujud satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak PDRM untuk meminta bantuan ATM sekiranya diperlukan untuk menangani permasalahan tersebut di Padang Merbok menjadi isu panas padahal perkara tersebut menjadi rutin PDRM dan ATM berkerjasama dalam soal-soal keselamatan sekiranya diperlukan sahaja. Perkara itu pun tertakluk keputusan pihak atasan sekiranya dirasakan perlu.

Namun PDRM dan DBKL setakat ini masih mampu menangani perhimpunan tersebut dan tidak perlulan dicanang satu dunia kekecewaan sesetengah pihak yang kononnya tidak berpuashati dengan kerjasama yang sedia wujud antara kedua-dua pasukan keselamatan tersebut. Janganlah disebabkan kegagalan perhimpunan tersebut, ada pihak yang cuba memutarbelitkan dan cuba mencari isu baru untuk diketengahkan agar dapat mengaburi mata dan telinga rakyat.

Setakat pengetahuan penulis, perhimpunan Black 505 tidak ada langsung penglibatan warga tentera menunjukkan tahap kesetiaan warga ATM terhadap Yang Dipertuan Agong dan Negara Malaysia berada pada tahap yang kukuh dan padu. Warga ATM membenci kekecohan dan mengganggu ketenteraman awam   serta cintakan keamanan. Justeru janganlah cuba menegakkan benang yang basah dan mengganggu ketenteraman kami warga tentera yang akan mempertahankan sepenuh jiwa raga dan nyawa demi memastikan keamanan dan keutuhan Negara Malaysia tercinta tidaj diganggu gugat oleh anasir luar mahupun dalaman. Kami akan menentang sekeras-kerasnya cubaan apa sahaja yang dilakukan untuk meruntuhkan institusi yang setia wujud sekian lama. Gagah Setia, Sedia Berkorban dan Sentiasa Diangkasa Raya.

Monday, June 3, 2013

BLACK 505......TENTERA JANGAN TERPENGARUH...



Sesetengah pihak cuba mencari alasan bagi menghalalkan tindakan yang menyalahi undang-undang negara dengan cuba mencari alasan yang dan mengaitkan ketelusan kerajaan memerintah dengan isu-isu remeh. Tindakan membuat membuat pengadilan tanpa perbicaraan dilihat sering digunakan oleh sesetengah pihak bagi menghalal cara. Tindakan terbaru adalah mengaitkan segelintir kes kematian tahanan dalam lokap tanpa menghiraukan alasan dan proses perundangan yang akan dibuat bagi menjelaskan keadaan yang sebenar.

Kes-kes terencil diperbesar-besarkan sehingga mengapikan golongan marhean yang lain termasuklah warga tentera bagi menyokong tindakan mereka. Jikalau dilihat dari aspek global, kes kematian sebegini memang sering berlaku dimana-mana sahaja namun jika hendak dibandingkan dengan dengan jumlah tahanan dengan kes kematian adalah kecil sahaja. Memang tidak dinafikan kemungkinan ade unsur kekurangan dalam proses    penahanan namun perkara tersebut hendak la selesaikan di mahkamah. Biar mahkamah yang tentukan dan yang bersalah tetap bersalah tanpa mengira pangkat dan fahaman politik.

Warga Tentera perlulah bersikap rasional dan membuat pertimbangan dengan waras agar tidak mudah terjebak dengan perkara-perkara negatif tambahan pulak memperjuangkan fahaman sesetengah pihak yang terbukti mampu merosakkan negara. Ketelusan pihak terbabit boleh disangkah kerana tindakan melulu akan mengucar-kacirkan negara tercinta seterusnya negara akan menjadi lemah dan mengakibatkan kedaulatan negara akan tergugat apabila anasir mula meresapi dengan mudah.


Saturday, February 23, 2013

Tarikh Akhir Pengunduran Telah Tamat : 6 Kapal Perang Filipina Bersiap Sedia Menghadapi Sebarang Kemungkinan


Enam kapal tentera laut Filipina telah dikerahkan ke laut Sulu dan Tawi Tawi untuk menghalang kemungkinan berlakunya pertumpahan darah di antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sultan Sulu yang melakukan pencerobohan.
Kapal-kapal ini hanya menjalankan rondaan di perairan pulau Tawi Tawi, pulau yang terletak kurang daripada setengah jam dari kampung Tandau, di tepi pantai di mana kumpulan dari Sulu itu bersembunyi sejak 9 Februari lalu, dengan menaiki bot laju.
Jurucakap tentera laut Filipina Lt Gregory Fabic dipetik sebagai berkata memberitahu media di Manila bahawa kapal tentera laut itu tidak akan berlabuh di perairan Sabah tetapi berada di sana untuk membantu memastikan keadaan stabil.
Presiden Filipina, Benigno Aquino dilaporkan berkata di Manila bahawa pengikut Sultan Sulu, yang mendakwa Borneo Utara sebahagian daripada Kesultanan Sulu, seharusnya menyerah diri secara aman.
"Pergi ke sana dengan senjata tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini.
"Apabila anda menggunakan senjata maka secara semula jadinya hanya ada satu cara untuk pihak disebelah sana bertindak balas terhadap cabaran sebegitu," Aquino dilaporkan berkata ketika mengulas buat kali pertama mengenai insiden berkenaan.
Aquino turut menyatakan bahawa pihak kerajaan telah bercakap dengan pelbagai pihak, termasuk keluarga Sultan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Sementara itu, Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario dalam satu kenyataan berasingan dilaporkan berkata Aquino telah mengarahkan pihak berkuasa kerajaannya 'untuk melakukan apa juga cara' yang boleh bagi menggesa kumpulan penceroboh itu menyerah secara aman dan mereka perlu melakukannya dalam masa terdekat.

Friday, February 15, 2013

TENTERA MALAYSIA : JANGAN DICABAR. PENCEROBOHAN SEPARA TENTERA WARGA FILIPINA BERNIAT JAHAT


Pencerobohan warga Filipina yang dikatakan memakai pakaian ala tentera dan memiliki senjata merupakan satu ancaman kepada negara. Pencerobohan yang berlaku dikatakan ada kaitan dengan pergolakan yang berlaku di selatan filipina dan ada dakwaan dan desas desus pencerobohan tersebut adalah terdiri daripada tentera diraja kesultanan sulu bagi mengembalikan semula tututan ke atas Sabah. 

Walau apa pun alasan pencerobohan tersebut,,perkara itu tidak boleh diterima dan tindakan kerajaan bertepatan dengan membuat siasatan terperinci tujuan dan modus operandi kumpulan tersebut. Penulis mengigatkan kepada sesiapa sahaja samada pihak dalam atau luar negara yang mempunyai niat buruk cuba menimbulkan kekacauan agar melupakan hasrat tersebut..JANGAN DIKEJUTKAN HARIMAU YANG SEDANG BERJAGA...AKIBAT BURUK PADAHNYA...

Namun seboleh-bolehnya Malaysia masih bersikap profesional, kita tidak mahu perkara ini diselesaikan dengan cara kasar, lebih elok diselesaikan dengan cara baik dan semua orang senang hati tanpa pertumpahan darah walaupun setitik. Diharap agar perkara ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses rundingan dan siasatan. 

Walau bagaimana pun penulis percaya, Pihak Polis dan ATM tidak akan berkompromi dengan kedaulatan negara walaupun seinci. 

RAKYAT MALAYSIA PERCAYA PADA MU.....


Tuesday, January 15, 2013

UNDI WARGA TENTERA DITAGIH PRU-13


Menjelang PRU-13 yang bakal menjelma tidak lama lagi ni, banyak pihak yang cuba mencuit hati warga tentera dengan mengwar-warkan kepada dunia dan seluruh pelusuk alam maya bahawa mereka adalah pejuang sebenar dalam menjaga kebajikan dan kelangsungan profesion ketenteraan di Malaysia ini. Namun yang menjadi kemuskilannya, perkara tersebut (Cuba Memancing Undi) hanya berlaku semasa menjelang pilihanraya sahaja samada kecil atau besar..itu sahaja. Pihak yang cuba menangguk di air yang keruh itu haruslah sedar bahawa tindakan mereka hanya umpama katak memanggil hujan. sekadar bertempik tanpa tujuan dah sebenarnya tak ada sapa nak dengar pun...klau ada pun hanya mereka yang memang mempunyai kepentingan peribadi atau golongan warga/bekas yang tidak berpuashati dengan perhidmatan...itu saja.

Jangan dikatakan 250,000 entah-entah 50 orang pun susah nak dapat...mereka semua berkelulusan dan berfikiran waras untuk menentukan masa depan mereka sendiri.....mereka tidak peduli dengan omongan kosong pihak-pihak yang tumbuh secara tiba-tiba dan cuba menjadi pembela tanpa diundang....sungguh tidak sedar dirikan...klau pihak yang cuba mendampingi tentera betul2 ikhlas dalam memperjuangkan kebajikan dan hak-hak warga tentera kenapa perkara tersebut hanya bermusim dan semakin dekat dengan pilihanraya semakin banyak pulak permasalahan yang timbul..benda ni tak betul la, pelaburan dan pembelian tak sepatutnya la, kembalikan dana berapa juta entah..so banyak pulak kebincangannya sedangkan pernahkan kita terfikir bahawa perkara-perkara atau kononnya berlaku kepincangan tersebut sengaja dicungkil dan dihebahkan walaupun perkara tersebut sudah selesai...dan hanya ingin menunjukkan banyaknya permasalahan dan perkara yang tidak betul berlaku...

Sudah-sudahlah, jangan jadikan warga tentera ni...tonik atau bullet penyambung nyawa sahaja. sayangilah mereka seperti anda menyayangi diri sendiri dan saudara-mara anda sendiri....hargailah jasa dan pengorbanan mereka mencurahkan bakti kepada negara...

"INGATLAH WAHAI WARGA MALAYSIA SESUNGGUHNYA SETIAP SAAT DAN KETIKA WALAUPUN SEMASA KALIAN SEDANG LENA DIULIT MIMPI, KAMI WARGA TENTERA BERSENGKANG MATA MEMASTIKAN SETIAP INCI TANAH, LAUTAN MAHUPUN RUANG ANGKASA TIDAK SEKALI-KALI DICEROBOHI"



Friday, January 11, 2013

PESARA TENTERA TAK BERPENCEN DAPAT IMBUHAN BULANAN

Bekas-bekas tentera yang tidak berpencen iaitu yang berkhidmat kurang daripada 21 tahun tentu tertarik dengan janji Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli melalui ceramah malam tadi yang memberi keutamaan kepada warga dan bekas tentera sekiranya berjaya mengambilalih tampuk pemerintahan pada PRU ke-13 nanti. Yang paling menarik perhatian semua adalah pemberian imbuhan khas kepada warga pesara tentera yang tidak berpencen setiap bulan sampai bila-bila......Sungguh menarik perhatian, bukan sahaja warga tentera malah penjawat awam yang lain terutamanya penjawat awam yang berunifom selain tentera. Mereka juga ingin menuntut imbuhan yang sama kerana mereka juga berkhidmat untuk negara, menjaga keamanan negara dan sebagainya. Adakah   kerana ceramah yang diadakah tersebut khas untuk menarik perhatian dan sokongan warga tentera maka janji-janji yang ditabur sekadar melepaskan batuk ditangga tidak memikirkan kesan baik buruk dikemudian hari. Kita harus ingat jumlah pesara tentera tidak berpencen pada tahun lepas melebihi 80,000 orang dan jumlah tersebut akan meningkat tahun demi tahun.

Saya akui sudah banyak kerajaan memerintah lakukan bagi menjaga kebajikan warga tentera dan pesara, namun, masih banyak ruang untuk penambahbaikan pada masa akan datang..Bantuan-bantuan dan imbuhan seperti bantuan one off untuk pesara tidak berpencen merupakan pembaharuan yang dilakukan yang sebelum ini tidak pernak difikirkan oleh warga pesara, diharap pada masa-masa mendatang lebih banyak insentif seperti ini dibuat demi memartabatkan warga pesara dan sebagai  menghargai jasa dan pengorbanan mereka semasa berkhidmat.

Saya cukup berbangga kerana banyak pihak kerajaan mahupun pembangkang serta NGO sering cuba menjaga kebajikan warga tentera dan pesara, namun setiap usaha atau tindakan yang dilakukan haruslah berlandaskan keihlasan dan bukannya sekadar cuba menabur janji untuk mendapatkan balasan. warga tentera dan pesara bukan anak ayam yang boleh diatur ke sana dan ke sini hanya dengan menabur makanan malah mereka semua celik ilmu dan dapat membezakan yang mana baik dan buruk yang mana intan dan yang mana kaca.

Justeru, kalau berjanji wajib dikotai, kalau berjanji biarlah boleh dicapai, kalau berjanji jangan berbangga diri     kelak memakan diri.