SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI

Thursday, August 11, 2011

Keluarga Pesara TUDM Tidak Teraniaya atau Ditindas


(Rujuk paparan artikel blog KOBAT pada 12 Ogos 2011)

Amat jelas kredibiliti dan kebenaran artikel yang dipaparkan dalam blog KOBAT tidak berasas serta KOBAT ini bolehlah kita labelkan sebagai Tong Sampah Besar. KOBAT tak payahlah nak jadi “wira” (hero) kepada bekas tentera kerana Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) sentiasa prihatin serta lebih berkemampuan dalam membela nasib dan menjaga kebajikan bekas tentera berbanding KOBAT.
Ini cerita yang sebenarnya! 713943 FSjn Faizzal Jinong bin Abdullah (Bersara) dari Pangkalan TUDM Kuching. Beliau tidak hadir ke Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP) serta enggan memberi kerjasama kepada pasukannya bagi pengurusan dokumentasi akhir. Pihak Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) telah membuat pembayaran Faedah Gantian Cuti Rehat pesara sebanyak RM904.61 pada 8 Dis 2008. Pihak JHEV pula telah membayar Ganjaran Perkhidmatan RM57,251.19 kepada beliau pada 25 Mac 2008. Di samping itu, bayaran tunggakan pencen pesara sebanyak RM9,840.21 telah turut dibayar pada 21 Apr 2008 dan beliau sememangnya layak menerima pencen bulanan sebanyak RM1,473.65 (sebelum ditolak RM515.83 pinjaman perumahan kerajaan). Walau bagaimanapun, pembayaran wang dari Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tidak dapat dibuat kerana beliau masih tidak membuat Sijil Penyelesaian Hutang kepada Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) kerana beliau telah membuat pinjaman peribadi daripada Affin Bank sebanyak RM20,200.00 dengan menggunakan wang LTAT sebagai cagaran. Beliau juga tidak menjelaskan bil elektrik kuarters yang didudukinya yang tertunggak sebanyak RM1,670.00.Bernama
KOBAT memang tidak boleh dipercayai daripada pelbagai sudut termasuk ketepatan dan kebenaran fakta. KOBAT memang pandai jual ubat tapi yang nyata ubat yang dijualnya tidak menyembuhkan penyakit sebaliknya menjadi barah kepada masyarakat dengan memutarbelitkan isu. Ramai pengikut dan pembaca blog KOBAT ditipu bulat-bulat oleh pemiliknya.
Tak hairanlah dengan ketidakbenaran KOBAT kerana “Kata Orang Beliau Amat Tipu” (KOBAT). Janganlah kita biarkan diri kita terus diperdaya dan ditipu oleh KOBAT lagi.

2 comments: