SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BUDIMAN SEKALIAN SEMUA SEMOGA KALIAN DAPAT KERAHMATAN DARI ILAHI

Saturday, August 20, 2011

Undi Pos: Dakwaan Bekas Tentera Tidak Berasas!

rujuk (http://askarsetia.blogspot.com/)


EMPAT anggota bekas tentera dalam Sidang Akhbar PAS pada 17 Ogos yang lalu telah mendakwa terlibat dalam manipulasi undi pos oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ekoran dakwaan ini beberapa orang bekas tentera telah terpanggil dengan menghubungi pihak media untuk menjelaskan proses pengundian yang dilaksanakan oleh ATM.


Menurut PW I (B) Hj Hashim Hassan, YDP Kelab Veteran Komando Selangor yang telah berkhidmat selama 21 tahun dengan ATM menegaskan bahawa beliau secara peribadi telah melalui tidak kurang daripada 4 kali proses pengundian dan ianya dikendalikan oleh ATM secara telus dan profesional. Beliau juga mengakui bahawa ATM sentiasa menghomati hak dan kebebasan mengundi manakala semua lapisan pemimpin ATM tidak pernah mempengaruhi beliau untuk membuat pilihan sokongan. Hj Hashim turut mencabar Mej (KM) Risman Mastor (Bersara), Kpl Mohd Kamel Omar TUDM, Mohamad Nasir Ahmad dan Kamarulzaman Ibrahim tampil dengan bukti bagi mengesahkan dakwaan mereka.



Mej Salihin Suradi (Bersara), bekas Komando yang telah berkhidmat selama 25 tahun dalam ATM pula melabelkan 4 anggota bekas tentera (mendakwa memanipulasi proses pengundian tentera ) sebagai insan yang tidak tahu bersyukur dan mengenang budi. Beliau menyifatkan mereka membuat dakwaan tersebut berasaskan kepada kepentingan peribadi dan politik serta tidak terkecuali kemungkinan besar diberi imbuhan oleh PAS untuk bertindak sedemikian. Beliau turut menyokong penuh kenyataan Panglima Angkatan Tentera (PAT) bahawa ATM tidak manipulasi proses pengundian tentera. Beliau menambah, ATM sememangnya organisasi yang profesional dan apolitical serta sentiasa mengutamakan keselamatan dan kedaulatan negara mengatasi kepentingan peribadi. Justeru, beliau menegaskan bahawa kredibiliti dakwaan 4 anggota bekas tentera diragukan dan amat mengelirukan.



Manakala Lt Kol Datuk Martin Kam (Bersara), bekas pegawai Rejimen Semboyan DiRaja pula menyeru agar pihak-pihak berkepentingan tidak mencampuri urusan proses pengundian yang diamalkan oleh ATM. Menurut beliau, ATM sentiasa mengamalkan proses pengundian yang telus sepertimana termaktub dalam Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 Seksyen 16. Justeru, dakwaan 4 anggota bekas tentera adalah palsu dan berunsur fitnah serta mempunyai motif untuk menjejaskan imej dan kredibiliti ATM. Beliau turut merasa kecewa dengan

pihak tertentu yang sengaja ingin mencemarkan imej ATM melalui pelbagai usaha untuk meracuni pemikiran rakyat. Beliau juga menyeru kepada semua lapisan bekas tentera agar menghomati lafaz Sumpah dan Ikrar Ketaatsetiaan mereka agar tidak menjadi penderhaka dan pengkhianat negara.



Mejar Ahmad Tajudin Abdullah (Bersara) turut mengesahkan bahawa di sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan ATM, tidak pernah wujud arahan daripada pihak atasan untuk memangkah mana-mana calon parti yang bertanding. Ini disebabkan ATM sentiasa menghormati hak dan kebebasan mengundi warga tentera. Tambah beliau lagi, ATM tidak terpengaruh dengan mana-mana parti politik kerana ianya merupakan sebuah organisasi yang profesional dan berpendirian apolitical.ATM lebih mengutamakan keselamatan dan kedaulatan negara daripada berpolitik.

Koperal (B) Ridwan Darus yang telah berkhidmat dengan ATM selama 21 tahun dalam Kor Jurutera DiRaja yang kini menetap di Changloon, Kedah pula membidas sekerasnya terhadap 4 orang bekas tentera yang sanggup bersekongkol dengan PAS demi kepentingan peribadi dan bermotif politik. Beliau juga merasa malu dan kecewa di atas tindakan mereka itu serta melabelkan mereka sebagai “kacang lupakan kulit”. Di sepanjang perkhidmatannya, beliau mendapati ATM melaksanakan proses pengundian secara profesional, telus dan bersih manakala tidak wujud sebarang pengaruh atau arahan pihak atasan tentera dalam proses pembuangan undi. Katanya lagi, mana mungkin berlakunya manipulasi undi kerana proses pengundian disaksikan dan dihadiri oleh wakil calon yang bertanding dari mula hingga akhir proses pengundian berkaitan. Beliau turut menyokong penuh dengan kenyataan PAT bahawa proses pengundian ATM dilaksanakan dengan sempurna selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958.

Seorang lagi bekas tentera Sarjan (B) Haron Bakar yang telah berkhidmat dengan ATM dalam Kor Infanteri selama 21 tahun turut menghubungi pihak kami dengan mencabar 4 orang bekas tentera yang dipengaruhi pihak PAS untuk membawa bahan bukti bagi mengesahkan kebenaran dakwaan mereka. Beliau merasa amat kesal kerana bekas tentera tersebut sanggup diperalatkan oleh PAS demi kepentingan peribadi. Beliau menegaskan bahawa jika benar ATM memanipulasi proses pengundian, mana mungkin pihak pembangkang memenangi beberapa kerusi Parlimen dan DUN yang terdapat ribuan undi tentera yang menyokong mereka. Sarjan Haron juga menyokong kenyataan yang dibuat oleh PAT semasa Sidang Akhbar pada 18 Ogos 2011.


2 comments:

  1. Kesemua mereka diatas tu tak usah lah konon nya nak mencabar mereka yang telah membuat pengakuan tersebut kerana setiap mereka yang berkhidmat melalui pengalaman sendiri.
    Jangan lah nak tunjuk pandai sebab apa yang PAT patut buat ialah buat penyiasatan jangan menolak dan menuduh mereka sebagai penghianat.
    Kita buat siasatan dan mari kita lihat di mana kebenaran nya. Kamu bolih tuduh mereka di pengaruhi olih PAS dan mereka juga bolih menuduh kamu semua pencacai kerajaan.
    The question is PAT has no right to accuse xsoldiers doing the exposure as traitor! Mentality below par!

    ReplyDelete
  2. saya setuju tu,,,saya pun tak menyebelahi mana2 pihak. saya sebagai pemerhati berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik..

    ReplyDelete